Monday, March 30, 2009

rahsia juga akan dibongkar


Seminggu yang dulu, saya membeli satu pokok lemon yang kecil. Tak sangka dalam cuaca yang begitu sejuk, pokok itu masih berbunga. Sedikit wangi.

Kadang kala, sesuatu akan berlaku di luar jangkaan seperti saya ternampak bunga itu. Mungkin itu nasib bagi setiap orang. Semalam, saya juga dapat satu berita yang mengejutkan saya. Cikgu email saya dan tidak sengaja beliau memberitahu saya Hanif dengan Faridah berjumpa dia di KLCC. haha. Hanif ialah kawan sekelas semasa di universiti, manakala Faridah ialah pelajar saya. Baru-baru ni, Faridah meminta saya membenarkan dia pergi ke Malaysia dan alasannya ialah bapa dia ada urus kerja di sana. Mana tahu, rahsia itu dibongkar sebegitu.
Dikatakan, dalam perkataan "believe" pun masih ada "lie", jadi rahsia juga ada kemungkinan dibongkar sesuatu hari nanti.


Wednesday, March 25, 2009

Sudah 3 kali saya pergi BFSU untuk sertai kursus Prof Awang. Walaupun perjalanan pulang balik antara universiti saya dengan BFSU mengambil saya hampir 2 jam setengah, tetapi saya puas hati dengan kursus itu. Kursus tentang kesantuan bahasa Melayu amat bermanfaat bagi saya. Contoh-contoh diberikan oleh Prof juga menarik. Dalam bahasa Melayu, panggilan hormat mengikut pangkat atau kedudukan amat dipentingkan. Jadi apabila dalam majlis rasmi, dapat didengar "yang Berbahagia ......" . Panjangnya gelaran di depan. Di Malaysia, jika seseorang profesor dipanggil sebagai pak cik, dia mungkin akan kecewa. Di China, gelaran pegawai juga penting, tetapi gelaran Profesor tidak begitu penting. Sekurang-kurangnya, dalam universiti kami panggil seseorang pensyarah "guru" (Laoshi) ja, tak kesah dia Profesor atau Tutor. Mungkin kerana ini, ramai orang Malaysia gemar melanjutkan pelajaran PHD, tetapi di China PHD digolongkan dalam kumpulan minoriti. Khususnya bagi perempuan, susah lah nak kahwin selepas dapat PHD. Jadi saya nak kahwin dulu, kemudia sambung PHD.
Saya malas, kerana cuaca masih sejuk lagi. Fikiran saya pun terbeku. Kawan sebilik saya mula membaca puisi lagi, dengan suara berirama itu saya akan pergi tidur,haha!

Thursday, December 11, 2008

Stesen dan Keretapi yang baru

Minggu lalu, fakulti saya mengadakan satu lawatan ke Tian jin, sebuah kota amat dekat dengan Beijing. Dulu, kami perlu ambil 1 jam lebih jika naik keretapi. Sekarang, 28minit ja dah sampailah. Ini pun kali pertama saya menjejak kaki ke stesen keretapi yang baru yang terletak di bahagian selatan di Beijing. Memang hebatnya stesen itu. Semasa saya masuk ke pintu stesen itu, saya seperti lusa masuk ke kampung. Saya terkejut, ingat saya tiba ke lapangan terbang. Amat besar bangunan itu dan amat terang dewannya.


Kerusi dalam keretapi itu boleh berputar. Kalau ada kawan duduk di belakang, kami boleh berputar balik dan berhadapan mereka. Jika nak duduk macam itu pun bolehlah kalau orang lain x marah.


Perkhidmatan sini pun bagus. Ada pelayan seperti pramugari dalam kapal terbang, walaupun bukan bagi makanan, tapi minuman pun memuaskan hati kami.


Lobak Hijau

Di Malaysia, jika makan saya suka order karot susu kerana karot mempunyai banyak zat dan baik bagi kesihatan kita. Tambah susu, lagi sedap. Saya tahu lobak ada 3 jenis saja, iaitu lobak putih, lobak merah dan karot. Kali pertama saya tahu lobak pun ada warna hijau. Pernahkah awak nampak atau makan lobak hijau?

Kawan bawa lobak hijau itu daripada kampung halaman dia-Shan dong, katanya ini lobak yang paling terkenal di kampungnya dan saya nampak lobak ini dikeluar daripada kotak yang cantik macam hadiah.hahaha. Katanya, lobak ini x perlu masak, makan mentah ja. Kadang-kala, mereka makan lobak itu seperti makan buah-buahan. Saya pun cuba, rasa kulitnya pahit tapi isinya manis. Kalau ada peluang, kawan-kawan cubalah cari lobak hijau.



Saturday, November 01, 2008

Jalan Hui Ming di Xi 'an

Dengan goncangan keretapi Z19, kami sampai di bandar Xi 'an, sebuah bandar yang penuh dengan sejarah dan kebudayaan tradisional China. 2 hari untuk seminar dan 1 hari untuk Terra Cotta. Walaupun ini kali kedua saya datang ke Xi 'an, tapi masih ada tempat yang tidak sempat dilawati seperti disangkakan oleh pemandu kami. Dia berharap kami dapat datang ke Xi 'an pada sesuatu hari nanti.

Pertama hari, kami sempat pergi ke jalan orang Muslim yang terkenal di Xi 'an kerana terlalu banyak makanan yang lazat dijual daripada kedai-kedai di sini. Jalan ini seperti Jalan Niu Jie di Beijing, di sekeliling jalan itu tinggal ramai orang Muslim dan juga terdapat sebuah Masjid di situ. Saya tidak sempat melawat masjid itu, jadi hanya menjenguk dari luar pintu. Dari sini, kami mulai penerokaan makanan yang istimewa dan sedap.

minuman dibuat daripada buah asam


daging lembut bakar

kuih-kuih yang manis

Selepas makan daging, kuih dan nasi, buah delima yang merah dan besar itu amat menyelerakan. Harganya murah dibandingan dengan Beijing kerana Xi 'an ialah tempat keluaran buah delima.


Jalan ini berakhir dengan pintu besar itu yang tertulis ayat yang bermakna "Tuhan yang maha mulia. Ucapkan salam kepada semua muslim dan muslimat dari seluruh dunia." Mungkin kerana Hari Raya Aidilfitri yang baru lepas, masih terdapat beberapa iklan yang dipaparkan pada dinding bangunan.

Dalam perjalanan ini, tudung-tudung yang dipakai oleh penduduk-penduduk di sini amat menggamit hati saya. Berbeza dengan tudung di Malaysia, di sini terdapat pelbagai jenis tudung dan cara pakai tudung pun berlainan. Di sini, orang perempuan juga boleh pakai songkok yang berwarna putih. ada sejenis tudung yang amat istimewa bagi perempuan yang tua seperti digambarkan dalam gambar di bawah.


Perbezaan tudung ini dipengaruhi oleh kebudayaan Cina ke? Mungkin nanti sesiapa yang berminat boleh membuat kajian tentang ini. Jika sesiapa pun ingin mengetahui lebih banyak maklumat tentang kehidupan orang muslim di Xi 'an, mesti datanglah ke Xi 'an dan Jalan Hui Ming ini.

Friday, October 10, 2008

Layang-layang Malaysia

Minggu lalu, saya suruh pelajar-pelajar membaca bacaan luas yang bertajuk Festival Layang-layang Antarabangsa dan menulis satu karangan tentang wau Malaysia atau wau China berdasarkan sumber-sumber internet. Kebanyakan pelajar menulis tentang wau Malaysia sama ada mengenai reka bentuknya atau cara membuatnya. Juga terdapat mitos yang menerangkan asal usul wau Malaysia. Melalui sejarah, wau dikatakan berasal dari negara China pada Dinasti Musim bunga dan Musim gugur (2000 tahu dahulu). Selepas pengembaraan Marco Polo, cara pembuatan wau dibawa ke Eropah olehnya. Oleh yang demikian, wau mempunyai ciri-ciri yang tersendiri berdasarkan kebudayaan negara-negara yang berkenaan.
Wau Malaysia mempunyai pelbagai jenis, seperti wau burung, wau bulan, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah. Jenis wau yang paling digemari oleh rakyat Malaysia ialah wau bulan. Daripada gambar-gambar yang bertema layang-layang Malaysia, kita dapat lihat wau bulan yang berwarna-warni. Tetapi kenapa orang Melayu paling suka wau bulan? Mungkin ada cerita rakyat atau mitos berkaitan dengan wau bulan, tetapi saya tidak dapat cari. Jika sesiapa tahu, tolong bagitahu saya ya.

Sunday, October 05, 2008

Selamat Hari Raya Kebangsaan

1 Oktober ialah Hari Raya Kebangsaan. Kami dapat bercuti seminggu untuk merayakan hari raya itu. Saya tidak balik ke kampung kerana ada hal yang lebih penting, iaitu menghiaskan rumah saya. Pada cuti ini saya dapat membeli bahan-bahan yang akan digunakan nanti. Baru mempunyai satu rumah yang kecil di Beijing. Sekarang tugas yang utama ialah menghiaskan rumah kecil itu. Saya dan BF saya begitu mementingkannya kerana ia akan menjadi "istana" kami nanti.
Jika dibandingan rumah saya dengan rumah kawan-kawan di Malaysia, rumah saya memang kecil. Tetapi ia telah cukup bagi saya memandangkan harga rumah di China begitu tinggi. Saya yakin ia juga akan menjadi rumah yang berisi bahagia dan gembira. Beberapa hari saya dan BF saya sudah belajar banyak hal mengenai menghiaskan rumah. Dari seorang yang tidak mempunyai sedikit pengetahuan tentang bahan jendela, bahan pintu, bahan mencat dinding menjadi seorang pandai tawar-menawar apabila memilih bahan-bahan dan peralatan. Semalam baru membeli dua peralatan yang digunakan di dapur, amat memuaskan hati saya. Kira-kira sebulan lebih boleh siap semua kerja, nanti saya akan tunjukkan hasil kami.
Juga ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Muslim dan muslimah! Maaf Zahir dan Batin!

Wednesday, September 24, 2008

Susu di China

Kebelakangan ini, ramia orang berbincang tentang perkara susu di China. Bukan satu kilang menghasilkan susu berperisa melamine sahaja, hampir semua jenama susu China mempunyai masalah kecuali jenama "San Yuan". Hal ini memang menyedihkan hati kami sehingga ramai orang tidak minum susu selama 2 minggu. Baru-baru ini, saya baca blogger kawan dan baru faham perkara ini juga mengpengaruhi negara-negara jiran dan meninggalkan kesan begitu buruk. Ada kawan berjenaka, "orang China mengenalkan bahan-bahan kimia melalui makanan". Sistem pengawasan makanan masih tidak sempurna, tetapi dalam dunia ini makanan yang mana boleh dianggap sebagai makanan yang bersih dan berazat. Mungkin hanya sayur-sayuran yang ditanam dalam taman nenek saya.

Melalui perkara ini, saya tahulah lain kali kalau nak minum susu, minum yogurt lah. Kerana yogurt hanya boleh dihasilkan oleh susu yang berqualiti bagus. Selepas itu, baru minum susu segar. Orang China kuat makan dan juga pandai mencari jalan untuk memasak pelbagai jenis makanan, tetapi tidak peduli apa yang sedang dimakan. Mahu sihat? Pertama perlu menjaga mulut sendiri.