Saturday, June 09, 2007

Maryam


Pukul 22:53, SMS daripada Maryam dan diberitahu dia tengah tunggu masuk ke kapal terbang. Ini mungkin SMS yang terakhir daripada Maryam krn selepas itu saya x pasti bila dan mana kami akan jumpa. Maryam, seorang kawan saya dari Iran. Selain Kean long dan Azam, Maryam merupakan kawan yang paling awal saya kenal di UKM.

Sem pertama, dia tinggal di atas bilik saya dan kami selalu berjumpa dan berbual-bual. dia x suka makan lembu, suka ikan tapi x suka cara masak ikan di Malaysia, jd dia hanya boleh makan ayam tiap-tiap hari. pada suatu tempoh, dilaporkan ayam tidak selamat untuk makan dan dia terpaksa makan roti ja. Saya selalu rasa kasihan dia. Dia suka bersih tapi saya malas sikit. Dia teliti tapi saya lalai sikit. Dia seorang bersikap x optimistik tapi saya sebaliknya. Jd saya selalu memberi semangat bagi dia. Walaupun dia seorang serius, tapi dia juga pandai berjenaka. kadang-kadang, saya ketawa sehingga muka saya sakit. Sem kedua, dia balik Iran krn ibu dia x sihat dan dia juga perlu mengumpulkan data-data dari Iran.

Sem ini, dia habis membentang proposal dan tanggung satu semester lagi untuk membuat analisis di Iran. Apabila dia balik Malaysia, sy telah berada di China. Kali akhir saya jumpa dia di rumah dia. Saya x kan lupa dia krn kenangan sama ada manis atau pahit kami kongsi bersama-sama. kenangan yang kami punya juga terlalu banyak. Perasaan sedih dilimpah dalam hati apabila kami berpeluk.

Saya x mengikut dia pergi ke lapangan terbang krn saya x suka gambar sedih apabila kami akan berpisah. dia pun x suka. Jadi di sini saya semoga dia akan selamat, sihat dan bahagia dengan keluarganya. saya yakin, walaupun jauh di mata, tapi masih dekat di hati!!!