Saturday, November 01, 2008

Jalan Hui Ming di Xi 'an

Dengan goncangan keretapi Z19, kami sampai di bandar Xi 'an, sebuah bandar yang penuh dengan sejarah dan kebudayaan tradisional China. 2 hari untuk seminar dan 1 hari untuk Terra Cotta. Walaupun ini kali kedua saya datang ke Xi 'an, tapi masih ada tempat yang tidak sempat dilawati seperti disangkakan oleh pemandu kami. Dia berharap kami dapat datang ke Xi 'an pada sesuatu hari nanti.

Pertama hari, kami sempat pergi ke jalan orang Muslim yang terkenal di Xi 'an kerana terlalu banyak makanan yang lazat dijual daripada kedai-kedai di sini. Jalan ini seperti Jalan Niu Jie di Beijing, di sekeliling jalan itu tinggal ramai orang Muslim dan juga terdapat sebuah Masjid di situ. Saya tidak sempat melawat masjid itu, jadi hanya menjenguk dari luar pintu. Dari sini, kami mulai penerokaan makanan yang istimewa dan sedap.

minuman dibuat daripada buah asam


daging lembut bakar

kuih-kuih yang manis

Selepas makan daging, kuih dan nasi, buah delima yang merah dan besar itu amat menyelerakan. Harganya murah dibandingan dengan Beijing kerana Xi 'an ialah tempat keluaran buah delima.


Jalan ini berakhir dengan pintu besar itu yang tertulis ayat yang bermakna "Tuhan yang maha mulia. Ucapkan salam kepada semua muslim dan muslimat dari seluruh dunia." Mungkin kerana Hari Raya Aidilfitri yang baru lepas, masih terdapat beberapa iklan yang dipaparkan pada dinding bangunan.

Dalam perjalanan ini, tudung-tudung yang dipakai oleh penduduk-penduduk di sini amat menggamit hati saya. Berbeza dengan tudung di Malaysia, di sini terdapat pelbagai jenis tudung dan cara pakai tudung pun berlainan. Di sini, orang perempuan juga boleh pakai songkok yang berwarna putih. ada sejenis tudung yang amat istimewa bagi perempuan yang tua seperti digambarkan dalam gambar di bawah.


Perbezaan tudung ini dipengaruhi oleh kebudayaan Cina ke? Mungkin nanti sesiapa yang berminat boleh membuat kajian tentang ini. Jika sesiapa pun ingin mengetahui lebih banyak maklumat tentang kehidupan orang muslim di Xi 'an, mesti datanglah ke Xi 'an dan Jalan Hui Ming ini.