Wednesday, September 24, 2008

Susu di China

Kebelakangan ini, ramia orang berbincang tentang perkara susu di China. Bukan satu kilang menghasilkan susu berperisa melamine sahaja, hampir semua jenama susu China mempunyai masalah kecuali jenama "San Yuan". Hal ini memang menyedihkan hati kami sehingga ramai orang tidak minum susu selama 2 minggu. Baru-baru ini, saya baca blogger kawan dan baru faham perkara ini juga mengpengaruhi negara-negara jiran dan meninggalkan kesan begitu buruk. Ada kawan berjenaka, "orang China mengenalkan bahan-bahan kimia melalui makanan". Sistem pengawasan makanan masih tidak sempurna, tetapi dalam dunia ini makanan yang mana boleh dianggap sebagai makanan yang bersih dan berazat. Mungkin hanya sayur-sayuran yang ditanam dalam taman nenek saya.

Melalui perkara ini, saya tahulah lain kali kalau nak minum susu, minum yogurt lah. Kerana yogurt hanya boleh dihasilkan oleh susu yang berqualiti bagus. Selepas itu, baru minum susu segar. Orang China kuat makan dan juga pandai mencari jalan untuk memasak pelbagai jenis makanan, tetapi tidak peduli apa yang sedang dimakan. Mahu sihat? Pertama perlu menjaga mulut sendiri.

Sunday, September 14, 2008

Berada di Taman Olimpik

Apabila Presiden Hu mengumumkan majlis perasmian Sukan Olimpik Beijing 2008, seluruh dunia dipesonakan oleh Beijing, China. Ini ialah saat sejarah bagi semua rakyat China, mimpi yang berabad lamanya akhir dijayakan oleh semua orang yang memberi sumbangan kepadanya. Dalam 16 hari, saya hampir setiap hari duduk di depan televisyen dan menonton pertandingan sukan Olimpik, menyaksikan hampir setiap pingat emas yang dipungut oleh atlet-atlet sama ada atlet China mahupun atlet luar negara. Saya juga amat memperhatikan pertandingan antara Li Chongwei dengan Lin dan.

Walaupun saya hanya melihat stadium-stadium Olimpik seperti Sarang Burung, Kubis Air dan sebagainya melalui TV, tetapi saya memang ditakjubkan dan merasa bangga melihat bangunan yang begitu hebat. 11 September, bagi saya ialah satu hari yang amat memuaskan hati saya kerana saya dapat masuk Taman Olimpik dan Sarang Burung untuk menyaksikan acara lumba pada Paralimpik. Ini kali pertama saya berdiri begitu dekat dengan Sarang Burung dan Kubis Air. Saya rasa begitu susah untuk menggambarkan keindahan pemandangan di sini kerana hanya menyaksikan dengan diri sendiri baru tahulah betapa indahnya. Walaupun saya dah mengambil gambar, tetapi mereka lebih 10 kali indah daripada gambar.

Dalam sungai ini air terpancur mengikut irama muzik, bangunan sebelah kiri boleh digelar sebagai "live boardcast tower", tingginya ialah 160 meter.


Seperti konsep "Sukan Olimpik Hijau" yang ditonjolkan oleh negara China, penciptaan taman Olimpik ini juga mempunyai banyak unsur yang menunjukkan konsep ini. Air dalam taman ini boleh digunakan secara bergiliran. Tengok, walaupun kolam ini tidak dalam, tetapi ikan masih boleh hidup dengan baik.

Warna biru ini amat mempesonakan saya dan saya merasa begitu segar dan bersemangat apabila saya melihat Air Kubis ini seperti baru mandi di dalam laut.

Dalam Stadium Kebangsaan (Sarang Burung), penuh dengan penonton.


Kita hanya dapat percaya apa yang dikatakan apabila kita mendengar itu dengan telinga sendiri, kita juga hanya percaya apa yang digambarkan apabila kita melihat itu dengan mata sendiri. Jadi Selamat datang ke Beijing! Selamat datang ke China.