Thursday, May 31, 2007

Seminar SKIM X


Dalam seminar ini cuma jumpa seorang pelajar Cina yang sebagai AJK. Sangat gembira jumpa dia, baru tahu dia pun tinggal di kolej za'ba dan blok C, aras sama dgn saya. Tapi x pernah jumpa dia sebelum ini. Dia seorang mesra dan suka bergual dgn etnik yang lain.Inilah majlis makan malam, sy berfikir kami bayar150RM, mesti banyak hidangan. sy naik rapid kl pergi komplek bestari. mana tahu makan nasi lemak dan sate saja!!!




Dalam meja tiap orang mempunyai satu bunga telur dan juga ada nombur yang tertentu. Akhirnya ada sesi untuk memberi hadiah melalui memilih nomber.

Saya pun dapat satu hadiah dengan nomber yang bertuah ini. Jadi, x kecewa sangat lah!








Pelajar yang berjurusan geologi dan seorang pensyarah yang mengajar bahasa Indonesia dari Universiti Padjadjaran. lelaki semua dipanggil Baba dan perempuan semua dipanggil Ibu di indonesia. Jadi baba Cece pernah mengajar di Shanghai dan pernah pergi ke kampung saya, Hangzhou. Beliau kata sangat rindu China dan harap blh pergi suatu hari nanti.

Dua pelajar akan bentang dalam seminar ini. Mereka mengajar beberapa ayat pasar dalam bahasa Indonesia dgn gerakan tangan yang khusus. Sangat seronok bersama dengan mereka.

1.Cape deh!!!
2. Kasian deh lu!!
3.Cucok deh lu.

Thursday, May 17, 2007

Malas ke Orang Melayu?

Jika disebut orang Melayu, kebanyakan orang yang bukan Melayu akan menyetujui sifat malas pada orang Melayu. Sebenarnya, orang Melayu malas x? Dalam sekeliling saya, terdapat ramai kawan Melayu bersungguh-sungguh belajar. Mereka telah biasa tidur pada pukul 2 malam dan juga terdapat setengah orang tidur pada pukul 3,4 atau lansung x tidur kalau tengah mengulang kaji untuk peperiksaan. Sebaliknya, mereka tetap bangun lebih kurang pukul 5.30 atau 6 pagi untuk bersembahyang. Maka, kita semua boleh kira berapa jam digunakan untuk tidur. Selepas itu, mereka juga pergi ke perpustakaan dan masuk kelas seperti kita juga. Tiap-tiap malam, apabila bilik saya disalut dengan warna hitam, saya melihat kebanyakan lampu masih bernyala dan berfikir "semangatnya orang Melayu".
Justeru, kenapa cakap orang Melayu malas ya?
mungkin, kerana ini...
Jika awak ialah seorang pelajar universiti, awak mesti mempunyai pengamalan menunggu bas dalam kampus kerana keluasan universiti di Malaysia terlalu besar. Bas bukan datang setiap 15 minit, biasanya bas datang setengah jam pada masa bukan cuti. Kadangkala, bas juga tidak ikut jadual dan kita perlu tunggu lama. dalam masa cuti, hal ini lagi teruk. semalam, saya tengok ada pelajar Melayu tunggu bas selama 1 jam setengah, bas pun x datang. apa yang dibuat mereka? mereka hanya duduk dan bergoyang-goyang kakinya. Kebetulan ada satu bas datang apabila saya turun, tetapi bas itu x boleh mengambil semua pelajar yang menunggu di sana kerana ramai pelajar (kumpul dalam 1 jam setengah). Saya x dapat naik, jadi saya terus berjalan ke perpustakaan (guna 25minit dah sampai). Di belakang saya, x ada seorang Melayu nak berjalan. Mungkin mereka fikir berjalan buang masa atau letih. Walaupun naik bukit turun bikit, tetapi saya rasa lebih baik kita berjalan kerana biasanya kita selalu duduk di depan komputer dan x ada masa untuk excerise.
Selain itu, juga ada orang asing mengadu masa kerja orang Melayu terbatas. Mereka selalu kena keluar minum atau makan. Dalam pengingatan saya, kalau dalam pejabat kerajaan mereka biasanya makan dan minum 5 kali. Inilah impresi orang Melayu bagi kita. Walaupun mereka ada masa, tetapi kadangkala sesetengah Melayu x ada sense tentang masa agar mereka dianggap sebagai orang yang malas. Tetapi, untunglah masih ada orang yang bekerja dengan enfisien seperti penyelia saya, kak siti di pejabat kolej Za'ba, cik Rahim dan beberapa kawan saya
X tahu apakah dunia Melayu akan terjadi, jika sesuatu hari semua orang memuji orang Melayu kerana kerajinan mereka.

Thursday, May 10, 2007

rindu



Awan bercat dengan merah, tapi ia lembut bukan api.
Langit diwarni dengan hitam, tapi fajar memberi harapan.


Walaupun hati masing berpusing-pusing, tetapi kerinduan akan bawa saya balik, balik ke tempat yang melindungiku dan di tepi orang yang mencintaiku.



Mukhsin


Mukhsin, sebuah filem yang baru diarah oleh Yasmin Ahmad. Saya dah lama berangan-angan nak pergi ke Mid Valley tonton filem itu, tapi masa x membenarkan saya. Saya masih ingat filem itu pertama kali ditayangkan pada 8 March, satu minggu berlepas, dua minggu berlepas…sehingga hampir dua bulan berlepas saya masih x pergi ke Mid Valley. Apabila saya memutuskan pergi tengok selepas saya terbaca banyak comment yang bagus bagi filem itu, saya diberitahu filem ini telah tidak ditayang lagi di panggung wayang. Kesalnya!!!


Akhirnya, saya terpaksa membeli DVD. Di Malaysia, membeli DVD lebih mahal daripada menonton filem di panggung wayang. Di China, kalau nak tengok filem kena bayar hampir 25 yuan seorang, tetapi kalau beli DVD hanya 7 yuan. Di Malaysia terbalik, membeli DVD kena bayar 20 ringgit dan tonton filem hanya 6 atau 8 ringgit. Itulah saya lebih suka tengok filem di panggung wayang kat sini. Lagipun, mutu VCD/DVD tiruan di sini sangat teruk. Kadangkala, saya sewa VCD daripada kawan, nampak gambar itu bergerak-gerak atau tiba-tiba x ada gambar. Kalau di China, kami x boleh membezakan DVD yang mana asli atau tiruan jika tidak ada perbezaan harga.


Mukhsin masih mengekalkan cara yang menceritakan satu kisah yang biasa berlaku dalam kehidupan kita, tetapi caranya luar biasa dan saya amat suka. suka muzik dalam ceritanya, suka tulisan china yang cantik, suka sajak yang indah... saya merindu masa kecil saya juga, awak macam mana? masih ingat x kawan bersama semasa kecil? masih ingat x jalan yang berlalu bersama? masih ingat x kisah yang bercerita dulu? masih ingat x rasa sedih apabila berpisah?Apabila saya melihat mukhsin nak balik kampung, saya menangis. Mukhsin sambil menganis sambil tanya Orked "x baca tulisan dalam layang-layang yang Mukhsin bagi?". walaupun tulisan dalam layang-layang tu masih jadi rahsia, tetapi ia telah mengukir kenangan bagi seorang gadis.


Saya suka sajak ini:
The moment I had my frist love story,
I started looking for u, not knowing how blind that was,
meet somewhere, each other all the long.


Akhirnya, Orked berkata, we don’t always find the one we caring inside us, but love is kind, he gives us second chances. I find mine, I hope Mukhsin found his too. saya fikir, everyone will find his/hers too.

P.S sangat suka adik-beradik Sharifah Aryana dan Sharifah Aleya. tunggu filem yang baru

Saturday, May 05, 2007

Penyelia, Pelajar dan Penyelia yang lain

Terdapat beberapa cerita jenaka tentang pelajar dan penyelia serta penyelia yang lain dalam bahasa Mandarin. Lucu!! Saya cuba menterjemah, x tahu kalau tukar ke BM, macam mana rasanya bagi orang Melayu?
1.
Si Arnab sedang menulis tesis, Dr. Serigala datang dan bertanya: "si arnab, apa kau tulis?"
Arnab berkata: saya sedang buat tesis saya, "Bagaimana Si Arnab Boleh Berlawan Dengan Si Serigala".
Serigala ketawa dan kata: "x mungkin lah,mana boleh? mana bukti kau?"
Arnab tunjuk ke belakang, berkata:"bukti saya ada kat dalam gua tu."
Serigala x percaya dan masuk ke gua itu...
Selepas satu nyaring, arnab masuk ke gua dan nampak si singa sedang mencolek giginya.
Arnab bertanya: "Prof, rasa daging serigala sedap kan."
Prof singa ketawa dengan kuat: "dalam dunia ini, tulis tesis mana perlu bukti, yang penting tengoklah siapa penyelia dia! haha!"
2.
Arnab terus menulis tesisnya di depan gua.
Seekor harimau datang dan bertanya: "apa kau tulis?"
"Sedang tulis tesis."
"Apa tajuknya?"
"Tajuk saya ialah Bagaimana Arnab Makan Harimau."
Harimau ketawa dan berkata: mana ada kemungkinan?
Arnab berkata: "kebanyakan tulisan masih letak dalam gua, saya dah cari banyak bukti lah."
Harimau sangat curiga dan masuk dalam gua...
Selepas 20minit, prof singa keluar dan berdarah di badan. Beliau marah: dah bagitahu kau jangan pilih tajuk ini, kau x ikut. Tengok, susahlah saya bergaduh dengan si Harimau, satu kaki dah patah!!

3
Arnab masih menulis tesis di depan gua tu.
Dua harimau datang dan bertanya: apa awak sedang menulis?
"Saya buat tesis saya."
"Apa tajuknya?"
"Bagaimana Arnab Makan Harimau."
Dua harimau ketawa dan berkata, "mampus kau, mana boleh?"
Arnab berkata secara serious: "tulisan saya letak dalam gua, ada banyak buktinya dan penyelia saya dah terima."
Harimau merasa sangat hairan dan masuk ke gua bersama-sama...
Dah lama, tiba-tiba mendengar tiga kali nyaring yang panjang.
Arnab masuk ke gua, nampak tulang harimau dan singa yang sia-sia. Dia berkata dengan suara bangga: "haha, jangan fikir awak penyelia saya, saya x boleh buat apa-apa!"

Friday, May 04, 2007

Hari Buruh

Dikatakan Hari Buruh dirayakan di seluruh dunia, tetapi nampaknya tidak semestinya. Kawan yang belajar di England berkata mereka x cuti dan masih ada kelas. Di Malaysia, walaupun ada 2 hari cuti, tapi x ada perasaan meriah untuk cuti Hari Buruh kerana memang dah cuti sekolah. Tak tahu negara lain macam mana, tapi kalau di China memang meriah kerana kita bercuti selama 7 hari. Tempoh itu paling baik untuk melancong atau berehat. Semua kedai akan buka sampai lewat malam kerana ramai orang ingin membeli-belah. Tempat pelancongan mesti dipenuhi oleh orang, jalan dipenuhi oleh orang dan kereta. Perkhidmatan pada masa cuti lagi bagus daripada hari biasa.
Di Malaysia, hampir semua kedai tutup, sunyinya!!! untunglah ada satu kedai kafe buka, kalau x, saya akan terpaksa makan mi segera pada tengah hari dan mihun segera untuk malam. Walaupun susah sikit, tetapi konsep ini bagus juga kerana memang semua orang perlu berehat pada cuti. Setiap syling mempunyai dua muka, saya pun x pasti yang mana paling bagus kerana setiap orang mempunyai hak untuk memilih kaya hidup mereka.

Pokok Yang Paling Suka


Inilah pokok yang saya paling suka, kerana nampaknya dia bersendirian tetapi masih cantik dan bergaya seperti satu pokok dalam filem korea. (Saya memang suka tonton filem korea,haha.) Khususnya di bawah langit yang biru dan sinar yang sedikit daripada matahari.

Dia hidup di atas bukit dekat blok saya. Tiap-taip hari, apabila saya tunggu bas di station bas, saya boleh tengok dia. Dia memang memberi saya semangat. saya pun akan hidup seperti dia,haha. Aza~Aza~Fighting! (Dalam bahasa Melayu ada x ayat seperti itu boleh bagi kita semangat?)