Tuesday, December 11, 2007

Salji

Blog itu memang ada masalah sikit, kadang kala saya x dapat buka, jadi saya x boleh update.
Selepas saya balik ke China, sy jarang bawa kamera saya keluar, rasa janggal kerana semua hal tu biasa bagi saya. Tapi saya cuba bawa nanti kerana ada banyak hal masih menarik bagi kawan-kawan di luar negara.
Semalam, turun salji. Salji yang pertama kali tahun ini, memang indahnya pemandangan selepas turun salji. Bumbung, jalan dan pokok-pokok dipenuhi oleh salji seperti Hari Krismas dah sampai. Jarang ada orang pakai payung krn rasa romantik berjalan semasa turun salji. Tapi, semalam x lama turun salji dan cepat menjadi cecair.

Sunday, November 04, 2007

Taman Tumbuh-tumbuhan

Musim berganti, cuaca semakin hari semakin sejuk. Kadang-kadang suhu cuaca pada malam dah sampai -1 celsus. Daun yang berwarna merah atau emas dah mula bergugur. Saya bawa pelajar2 saya pergi ke taman tumbuh-tumbuhan untuk menikmati pemandangan indah dan bermain bersama-sama. Selalu bersama dengan pelajar2, saya pun rasa saya semuda dengan mereka. Itulah saya pun dapat tiket pelajar ikut mereka, haha.

Daun-daun semua menjadi warna emas, juga ada banyak daun dah bergugur, tanah dilihat seperti satu selimut yang warna emas. Ternampak ada 2 pasangan pengantin mengambil gambar di sini. Sejuknya nampak mereka pakai sikit ja, tapi x boleh dinafikan pemandangan sini memang indah seperti berada di dalam cerita dongeng.


buah kesmak seperti tanglung yang kecil digantung di atas pokok







Thursday, October 18, 2007

Perkahwinan Kawan Saya

Kami ada 9 hari cuti untuk merayakan Hari Kebangsaaan China dan saya balik ke kampung halaman saya yang terletak di bahagian selatan China, Hangzhou. Bandar Hangzhou ialah sebuah bandar yang amat indah dan masyhur kerana tasik barat dan legenda "Ular Putih". Selain berjumpa ibu bapa dan kawan2, saya ada satu tugas yang penting iaitu menjadi pengapit kawan. Dia kawan saya sejak kami belajar di sekolah mengengah dan kami ada 6 orang yang paling rapat. Dulu terdapat 5 orang pengapit dalam majlis perkahwinannya, tetapi seorang pergi ke Jerman jadi tinggalkan 4 orang pengapit ja. Dia pun rasa rugi lah tidak dapat menyertai majlis perkahwinan kawan.

Pagi2 kami telah sedia di rumah pengantin perempuan dan menunggu pengantin lelaki datang. Sebelum pengantin lelaki berjumpa pengantin perempuan, pengapit perempuan akan menguji pengantin lelaki dengan pelbagai cara kerana bukan senang jika dia nak berkahwin dengan pengantin perempuan.

Pertama, mereka perlu memberi angpao kepada pengapit supaya kami boleh membuka pintu untuk mereka. Jika kami tidak berpuas hati, kami boleh meminta lagi. Biasanya satu angbao bernilai 20 yuan(wang China,hampir 10RM). Selepas itu, mereka dibenarkan masuk ke rumah dan akan diuji lagi seperti ujian tenaga, ujian bakat, ujian sastera dan akhirnya pengantin lelaki menulis satu janjian yang bersuara dia akan mematuhi apa2 yang dikatakan oleh isterinya (biasanya generasi sekarang selalu membuat janji ini untuk bergurau ja),haha. Isi janjian seperti: 1.isteri paling besar di rumah dan apa-apa isteri bercakap ialah betul 2. jika isteri salah, mengikut peraturan pertama. Semua janjian menunjukkan betapa sayang seorang suami kepada seorang isteri, tetapi selepas kahwin yang penting ialah saling memahami. Selepas beberapa ujian, pengantin lelaki berjumpa pengantin perempuan dan memberi bunga sambil meminta dia berkahwin dengannya atau menjadi isterinya.

Saat yang paling mengharu kawan saya

Selepas itu, mereka makan sejenis sup manis yang bercampur gurma, longan dan biji bunga teratai yang bermakna akan bahagia. Kami pun makan juga kerana ingin berkongsi kebahagiaan mereka. Selepas makan, kami juga mengikut pengantin baru ini pergi ke taman untuk mengambil beberapa vedio dan gambar di luar.

Tiga pengapit yang gembira

Majilis perkahwinan diadakan di hotel dan pengapit perlu mengikut pengantin untuk membantunya. Oleh kerana hari itu ialah hari yang paling gembira bagi kedua-dua pengantin dan ramai tetamu akan menghadiri majilis itu, jadi ada banyak perkara perlu diuruskan oleh pengapit seperti memberi gula-gual(fungsinya hampir sama dengan bunga telur) dan hadiah kecil. Pengantin baru perlu berjumpa semua tetamu dari satu meja ke satu meja yang lain. Mesti ada orang meminta mereka minum arak untuk meningkatkan suasana yang meriah itu. Biasanya pengantin tidak minum arak yang betul, kami akan sediakan arak yang palsu iaitu cola yang telah dibuka satu hari (utk melepaskan udara dalam cola itu). Pengapit lelaki akan minum arak yang betul jika ada tetamu minta supaya melindungi pengantin baru.

Pengantin perempuan memberi rokok kepada tetamu dan menyalakannya

Wednesday, October 17, 2007

Syukur

Syukur lah saya dapat membuka blogger lagi!! Selepas saya balik China, saya telah cuba banyak kali tapi tidak dapat masuk blogspot, jadi saya terpaksa memilih MSN Space. Blog ini dibiarkan hampir 2 bulan, tiba2 hari ini dapat dibuka. Oleh kerana besok sy akan tayangkan filem sepet untuk para pelajar saya. Saya nak mencari maklumat tentang Yasmin Ahmad. Melalui Youtube saya tengok satu temu bual yang membincangkan filem yang baru diarahkan oleh Yasmin Ahmad.
Jadi sy amat ingin tahu bagaimana " Muallaf" sekarang dan cuba buka blogger Yasmin Ahmad. Sangat gembira kerana dapat membuka blogspot lagi dan sy segera masuk blogger kawan dan saya sendiri. Nampak ada banyak perubahan blogger kawan, haha. Sangat gembira.

Monday, August 13, 2007

7.14 di KLCC

14 Julai, saya dengan kawan saya pergi KLCC. sangat untung kerana saya dapat bergambar dengan Doraemon. saya memang suka tengok cerita Doraemon sejak masa kecil. tiap2 mlm tunggu kat depan TV cuma nak tengok Doraemon dan selalu harap kehidupan jika saya pun ada seekor kucing bernama Doraemon.




Tengah hari kami makan pizzathut, ada sejenis pizzat yang baru. di tepi pizzat itu penuh dengan keju, saya suka sangat!! kami dua orang makan ini, kenyang, x habis pun.

KLCC sekarang membuka satu galeri petronas, masa itu kami pergi tengah memaparkan lukisan oleh A. Samad Said. sebelum ini, sy cuma tahu A. Samad Said seorang pengarang yang hebat, x pernah tahu dia pun pandai melukis. Itulah perwatakan seni yang dipunyai oleh seorang seniman.



selepas satu hari berjalan-jalan dalam KLCC, kami penat.


Kita Bersama-sama



“Abg tnmpak2 n rindu pd smua plajar, ada yang kuat makan, bercakap, mangajuk, manja n mcm2 lg...” abang Shidin sms saya begitu semalam. Memang betul, selepas pelajar-pelajar saya berangkat ke Beijing, wajah dan senyuman mereka selalu terbayang dalam kepala saya. Kenangan yang kita bersama-sama di Malaysia selalu tergambar di depan mata.

Semalam saya balik bilik di kolej dan saya membaca surat khabar, tiba-tiba rasa sesuatu yang sedih tersentuh hati saya. Masa itu, saya tengah baca satu artikal yang berkaitian dengan ibu. Artikal itu berkata: Love your mothers and love them well and whole heartedly. Tell them you love them. Be proud of them. Be patient. Be kind. Once lost, a mother is irreplaceable; you will not get one more day to be with her. Linangan air mata membasahi pipi, saya tidak tahu perasaan ini pasal kepisahan dengan pelajar-pelajar serta abang dan kakak dari DBP atau betul2 tersentuh oleh ayat2 tersebut. Walau bagaimanapun, saya tahu kenangan di sini akan diingati selama-lamanya.

Hilang Satu Bulan

Selepas saya pergi KL mengikuti program cuti semester pelajar CUC, hidup saya tanpa komputer dan internet sehingga saya hilang hampir 1 bulan. sekarang saya baru balik UKM untuk hadir konvo kawan dan saya sendiri. Terdapat banyak cerita yang menarik dan gambar2, sabar,sabar, nanti saya tunjukkan.

Thursday, July 12, 2007

Kehidupan Selepas Viva

9 haribulan Julai, satu tanggal yang biasa bagi orang lain, tetapi hari itu meninggalkan kenangan selama-lamanya bagi saya. Saya lulus dalam peperiksaan lisan projek sarjana dan sekarang saya boleh duduk di depan laptop saya melayar internet, tidur, bermain,membaca sesuka hati.
kawan cina sy cadangkan sy tulis pengalaman di Malaysia sebagai kenangan dan pelajaran mereka. Dalam minda saya, terdapat banyak benda nak tulis tapi mungkin susah disampaikan dengan bahasa Melayu dan saya x tahu akan mulai dari mana. Jadi saya lebih suka tulis tentang kehidupan sekarang.

Sekarang, saya ada masa lapang dan boleh masak dengan cara sendiri. Masih ingat dialog saya dengan din.
Din: Melati masak x?
Melati: x, saya x pandai.Lagipun, di China x payahlah. lelaki semua pandai masak, kalau x pandai susah dapat isteri.(sikit gurau)

Din (dengan muka yang hairan): begitu? Sini kalau perempuan x pandai susah dapat suami!!!
Hakikatnya, di China sudah tentu perempuan masih memainkan peranan penting dalam kerja rumah tangga,tetapi memang masa moden ini lebih ramai lelaki pandai masak (x tahu kenapa). Kebanyakan kawan perempuan saya boleh masak, masak nasi dengan rice cooker ja.jadi memang ramai lelaki juga tolong isterinya membuat kerja rumah tangga.Lelaki mempunyai bakat untuk memasak, bapa saya pun lebih pandai daripada ibu saya walaupun dia cuma kadang-kala tunjukkan kepandaiannya.

Samapi sekarang, saya dah cuma memasak ubi dan bubur. semalam saya cuma goreng telur dan sangat berjaya. kerana rasa masin sikit, saya terus masak mi dengan telur itu bercampur dengan sayur. Memang sedap!!haha,saya sekrang cuba masak dengan rice cooker ja. Kalau macam tu pun boleh dapat makanan yang lazat, dah boleh imagine bagaimana jika nanti bagi saya satu dapur,haha! Walaupun saya pun nak cari suami yang pandai masak, tapi saya pun boleh tunjukkan kepandaian saya apabila kawan datang.

Wednesday, July 11, 2007

makan malam di rumah menteri


Saki (pelajar Jepun) ,pelajar Pilipinna dan saya dalam makan malam yang berada di depan rumah menteri Kementerian Pelajaran Malaysia. Kami wakil daripada UKM, rasa nasib baik kerana duta China menyertai majlis itu. Mungkin kerana ini, saya baru dapat peluang makan kat sana.

Tuesday, July 03, 2007

Persembahan Gamelan


Minggu lalu saya ikut abang yusof buat persembahan gamelan di satu hotel utk majlis penutup setiausahawan UKM. Saya bermain bonang, ini tengah latihan.

Ini budak-budak gamelan dari sekolah kak wah (lupa nama sekolah). Di sebelah kiri saya ialah abang yusof, seorang x suka tengok kamera apabila ambil gambar. Di depan saya ialah anak bongsu kak wah. (comel kan, nampak macam budak Cina). Mereka kata muka saya dengan budak yang kedua (kira dari kiri) serupa, betul ke?


Habis make-up dan memakain baju yang cantik, kami membuat persembahan dengan penuh hati. kali ini dapat merasa seronok kerana lagu yang dipersembuahkan bercampur alat muzik tradisional dengan alat muzik moden. Muzik memang sesuatu yang magik.

Akhirnya, kami pun makan di sana. Makanan sedap dan layanan baik. selepas makan, ada orang melayan minuman dan buah-buahan. Kak Abibah Noor pun menyanyi. Dia seorang yang kelakar, suaranya sangat merdu. Walaupun apabila saya sampai bilik dah hampir 12 lebih, tapi x berasa penat (haha, dah tidur kejap dalam bas)!




Saturday, June 09, 2007

Maryam


Pukul 22:53, SMS daripada Maryam dan diberitahu dia tengah tunggu masuk ke kapal terbang. Ini mungkin SMS yang terakhir daripada Maryam krn selepas itu saya x pasti bila dan mana kami akan jumpa. Maryam, seorang kawan saya dari Iran. Selain Kean long dan Azam, Maryam merupakan kawan yang paling awal saya kenal di UKM.

Sem pertama, dia tinggal di atas bilik saya dan kami selalu berjumpa dan berbual-bual. dia x suka makan lembu, suka ikan tapi x suka cara masak ikan di Malaysia, jd dia hanya boleh makan ayam tiap-tiap hari. pada suatu tempoh, dilaporkan ayam tidak selamat untuk makan dan dia terpaksa makan roti ja. Saya selalu rasa kasihan dia. Dia suka bersih tapi saya malas sikit. Dia teliti tapi saya lalai sikit. Dia seorang bersikap x optimistik tapi saya sebaliknya. Jd saya selalu memberi semangat bagi dia. Walaupun dia seorang serius, tapi dia juga pandai berjenaka. kadang-kadang, saya ketawa sehingga muka saya sakit. Sem kedua, dia balik Iran krn ibu dia x sihat dan dia juga perlu mengumpulkan data-data dari Iran.

Sem ini, dia habis membentang proposal dan tanggung satu semester lagi untuk membuat analisis di Iran. Apabila dia balik Malaysia, sy telah berada di China. Kali akhir saya jumpa dia di rumah dia. Saya x kan lupa dia krn kenangan sama ada manis atau pahit kami kongsi bersama-sama. kenangan yang kami punya juga terlalu banyak. Perasaan sedih dilimpah dalam hati apabila kami berpeluk.

Saya x mengikut dia pergi ke lapangan terbang krn saya x suka gambar sedih apabila kami akan berpisah. dia pun x suka. Jadi di sini saya semoga dia akan selamat, sihat dan bahagia dengan keluarganya. saya yakin, walaupun jauh di mata, tapi masih dekat di hati!!!

Thursday, May 31, 2007

Seminar SKIM X


Dalam seminar ini cuma jumpa seorang pelajar Cina yang sebagai AJK. Sangat gembira jumpa dia, baru tahu dia pun tinggal di kolej za'ba dan blok C, aras sama dgn saya. Tapi x pernah jumpa dia sebelum ini. Dia seorang mesra dan suka bergual dgn etnik yang lain.Inilah majlis makan malam, sy berfikir kami bayar150RM, mesti banyak hidangan. sy naik rapid kl pergi komplek bestari. mana tahu makan nasi lemak dan sate saja!!!




Dalam meja tiap orang mempunyai satu bunga telur dan juga ada nombur yang tertentu. Akhirnya ada sesi untuk memberi hadiah melalui memilih nomber.

Saya pun dapat satu hadiah dengan nomber yang bertuah ini. Jadi, x kecewa sangat lah!








Pelajar yang berjurusan geologi dan seorang pensyarah yang mengajar bahasa Indonesia dari Universiti Padjadjaran. lelaki semua dipanggil Baba dan perempuan semua dipanggil Ibu di indonesia. Jadi baba Cece pernah mengajar di Shanghai dan pernah pergi ke kampung saya, Hangzhou. Beliau kata sangat rindu China dan harap blh pergi suatu hari nanti.

Dua pelajar akan bentang dalam seminar ini. Mereka mengajar beberapa ayat pasar dalam bahasa Indonesia dgn gerakan tangan yang khusus. Sangat seronok bersama dengan mereka.

1.Cape deh!!!
2. Kasian deh lu!!
3.Cucok deh lu.

Thursday, May 17, 2007

Malas ke Orang Melayu?

Jika disebut orang Melayu, kebanyakan orang yang bukan Melayu akan menyetujui sifat malas pada orang Melayu. Sebenarnya, orang Melayu malas x? Dalam sekeliling saya, terdapat ramai kawan Melayu bersungguh-sungguh belajar. Mereka telah biasa tidur pada pukul 2 malam dan juga terdapat setengah orang tidur pada pukul 3,4 atau lansung x tidur kalau tengah mengulang kaji untuk peperiksaan. Sebaliknya, mereka tetap bangun lebih kurang pukul 5.30 atau 6 pagi untuk bersembahyang. Maka, kita semua boleh kira berapa jam digunakan untuk tidur. Selepas itu, mereka juga pergi ke perpustakaan dan masuk kelas seperti kita juga. Tiap-tiap malam, apabila bilik saya disalut dengan warna hitam, saya melihat kebanyakan lampu masih bernyala dan berfikir "semangatnya orang Melayu".
Justeru, kenapa cakap orang Melayu malas ya?
mungkin, kerana ini...
Jika awak ialah seorang pelajar universiti, awak mesti mempunyai pengamalan menunggu bas dalam kampus kerana keluasan universiti di Malaysia terlalu besar. Bas bukan datang setiap 15 minit, biasanya bas datang setengah jam pada masa bukan cuti. Kadangkala, bas juga tidak ikut jadual dan kita perlu tunggu lama. dalam masa cuti, hal ini lagi teruk. semalam, saya tengok ada pelajar Melayu tunggu bas selama 1 jam setengah, bas pun x datang. apa yang dibuat mereka? mereka hanya duduk dan bergoyang-goyang kakinya. Kebetulan ada satu bas datang apabila saya turun, tetapi bas itu x boleh mengambil semua pelajar yang menunggu di sana kerana ramai pelajar (kumpul dalam 1 jam setengah). Saya x dapat naik, jadi saya terus berjalan ke perpustakaan (guna 25minit dah sampai). Di belakang saya, x ada seorang Melayu nak berjalan. Mungkin mereka fikir berjalan buang masa atau letih. Walaupun naik bukit turun bikit, tetapi saya rasa lebih baik kita berjalan kerana biasanya kita selalu duduk di depan komputer dan x ada masa untuk excerise.
Selain itu, juga ada orang asing mengadu masa kerja orang Melayu terbatas. Mereka selalu kena keluar minum atau makan. Dalam pengingatan saya, kalau dalam pejabat kerajaan mereka biasanya makan dan minum 5 kali. Inilah impresi orang Melayu bagi kita. Walaupun mereka ada masa, tetapi kadangkala sesetengah Melayu x ada sense tentang masa agar mereka dianggap sebagai orang yang malas. Tetapi, untunglah masih ada orang yang bekerja dengan enfisien seperti penyelia saya, kak siti di pejabat kolej Za'ba, cik Rahim dan beberapa kawan saya
X tahu apakah dunia Melayu akan terjadi, jika sesuatu hari semua orang memuji orang Melayu kerana kerajinan mereka.

Thursday, May 10, 2007

rindu



Awan bercat dengan merah, tapi ia lembut bukan api.
Langit diwarni dengan hitam, tapi fajar memberi harapan.


Walaupun hati masing berpusing-pusing, tetapi kerinduan akan bawa saya balik, balik ke tempat yang melindungiku dan di tepi orang yang mencintaiku.



Mukhsin


Mukhsin, sebuah filem yang baru diarah oleh Yasmin Ahmad. Saya dah lama berangan-angan nak pergi ke Mid Valley tonton filem itu, tapi masa x membenarkan saya. Saya masih ingat filem itu pertama kali ditayangkan pada 8 March, satu minggu berlepas, dua minggu berlepas…sehingga hampir dua bulan berlepas saya masih x pergi ke Mid Valley. Apabila saya memutuskan pergi tengok selepas saya terbaca banyak comment yang bagus bagi filem itu, saya diberitahu filem ini telah tidak ditayang lagi di panggung wayang. Kesalnya!!!


Akhirnya, saya terpaksa membeli DVD. Di Malaysia, membeli DVD lebih mahal daripada menonton filem di panggung wayang. Di China, kalau nak tengok filem kena bayar hampir 25 yuan seorang, tetapi kalau beli DVD hanya 7 yuan. Di Malaysia terbalik, membeli DVD kena bayar 20 ringgit dan tonton filem hanya 6 atau 8 ringgit. Itulah saya lebih suka tengok filem di panggung wayang kat sini. Lagipun, mutu VCD/DVD tiruan di sini sangat teruk. Kadangkala, saya sewa VCD daripada kawan, nampak gambar itu bergerak-gerak atau tiba-tiba x ada gambar. Kalau di China, kami x boleh membezakan DVD yang mana asli atau tiruan jika tidak ada perbezaan harga.


Mukhsin masih mengekalkan cara yang menceritakan satu kisah yang biasa berlaku dalam kehidupan kita, tetapi caranya luar biasa dan saya amat suka. suka muzik dalam ceritanya, suka tulisan china yang cantik, suka sajak yang indah... saya merindu masa kecil saya juga, awak macam mana? masih ingat x kawan bersama semasa kecil? masih ingat x jalan yang berlalu bersama? masih ingat x kisah yang bercerita dulu? masih ingat x rasa sedih apabila berpisah?Apabila saya melihat mukhsin nak balik kampung, saya menangis. Mukhsin sambil menganis sambil tanya Orked "x baca tulisan dalam layang-layang yang Mukhsin bagi?". walaupun tulisan dalam layang-layang tu masih jadi rahsia, tetapi ia telah mengukir kenangan bagi seorang gadis.


Saya suka sajak ini:
The moment I had my frist love story,
I started looking for u, not knowing how blind that was,
meet somewhere, each other all the long.


Akhirnya, Orked berkata, we don’t always find the one we caring inside us, but love is kind, he gives us second chances. I find mine, I hope Mukhsin found his too. saya fikir, everyone will find his/hers too.

P.S sangat suka adik-beradik Sharifah Aryana dan Sharifah Aleya. tunggu filem yang baru

Saturday, May 05, 2007

Penyelia, Pelajar dan Penyelia yang lain

Terdapat beberapa cerita jenaka tentang pelajar dan penyelia serta penyelia yang lain dalam bahasa Mandarin. Lucu!! Saya cuba menterjemah, x tahu kalau tukar ke BM, macam mana rasanya bagi orang Melayu?
1.
Si Arnab sedang menulis tesis, Dr. Serigala datang dan bertanya: "si arnab, apa kau tulis?"
Arnab berkata: saya sedang buat tesis saya, "Bagaimana Si Arnab Boleh Berlawan Dengan Si Serigala".
Serigala ketawa dan kata: "x mungkin lah,mana boleh? mana bukti kau?"
Arnab tunjuk ke belakang, berkata:"bukti saya ada kat dalam gua tu."
Serigala x percaya dan masuk ke gua itu...
Selepas satu nyaring, arnab masuk ke gua dan nampak si singa sedang mencolek giginya.
Arnab bertanya: "Prof, rasa daging serigala sedap kan."
Prof singa ketawa dengan kuat: "dalam dunia ini, tulis tesis mana perlu bukti, yang penting tengoklah siapa penyelia dia! haha!"
2.
Arnab terus menulis tesisnya di depan gua.
Seekor harimau datang dan bertanya: "apa kau tulis?"
"Sedang tulis tesis."
"Apa tajuknya?"
"Tajuk saya ialah Bagaimana Arnab Makan Harimau."
Harimau ketawa dan berkata: mana ada kemungkinan?
Arnab berkata: "kebanyakan tulisan masih letak dalam gua, saya dah cari banyak bukti lah."
Harimau sangat curiga dan masuk dalam gua...
Selepas 20minit, prof singa keluar dan berdarah di badan. Beliau marah: dah bagitahu kau jangan pilih tajuk ini, kau x ikut. Tengok, susahlah saya bergaduh dengan si Harimau, satu kaki dah patah!!

3
Arnab masih menulis tesis di depan gua tu.
Dua harimau datang dan bertanya: apa awak sedang menulis?
"Saya buat tesis saya."
"Apa tajuknya?"
"Bagaimana Arnab Makan Harimau."
Dua harimau ketawa dan berkata, "mampus kau, mana boleh?"
Arnab berkata secara serious: "tulisan saya letak dalam gua, ada banyak buktinya dan penyelia saya dah terima."
Harimau merasa sangat hairan dan masuk ke gua bersama-sama...
Dah lama, tiba-tiba mendengar tiga kali nyaring yang panjang.
Arnab masuk ke gua, nampak tulang harimau dan singa yang sia-sia. Dia berkata dengan suara bangga: "haha, jangan fikir awak penyelia saya, saya x boleh buat apa-apa!"

Friday, May 04, 2007

Hari Buruh

Dikatakan Hari Buruh dirayakan di seluruh dunia, tetapi nampaknya tidak semestinya. Kawan yang belajar di England berkata mereka x cuti dan masih ada kelas. Di Malaysia, walaupun ada 2 hari cuti, tapi x ada perasaan meriah untuk cuti Hari Buruh kerana memang dah cuti sekolah. Tak tahu negara lain macam mana, tapi kalau di China memang meriah kerana kita bercuti selama 7 hari. Tempoh itu paling baik untuk melancong atau berehat. Semua kedai akan buka sampai lewat malam kerana ramai orang ingin membeli-belah. Tempat pelancongan mesti dipenuhi oleh orang, jalan dipenuhi oleh orang dan kereta. Perkhidmatan pada masa cuti lagi bagus daripada hari biasa.
Di Malaysia, hampir semua kedai tutup, sunyinya!!! untunglah ada satu kedai kafe buka, kalau x, saya akan terpaksa makan mi segera pada tengah hari dan mihun segera untuk malam. Walaupun susah sikit, tetapi konsep ini bagus juga kerana memang semua orang perlu berehat pada cuti. Setiap syling mempunyai dua muka, saya pun x pasti yang mana paling bagus kerana setiap orang mempunyai hak untuk memilih kaya hidup mereka.

Pokok Yang Paling Suka


Inilah pokok yang saya paling suka, kerana nampaknya dia bersendirian tetapi masih cantik dan bergaya seperti satu pokok dalam filem korea. (Saya memang suka tonton filem korea,haha.) Khususnya di bawah langit yang biru dan sinar yang sedikit daripada matahari.

Dia hidup di atas bukit dekat blok saya. Tiap-taip hari, apabila saya tunggu bas di station bas, saya boleh tengok dia. Dia memang memberi saya semangat. saya pun akan hidup seperti dia,haha. Aza~Aza~Fighting! (Dalam bahasa Melayu ada x ayat seperti itu boleh bagi kita semangat?)

Friday, April 13, 2007

Sibuk

Sibuknya!!! hingga x tulis apa2 kat sini. skrang blogger tukar ke bawah google, x tahu kenapa.pelik juga. lama x guna sampai hampir lupa kata kunci. haha.
Sibuknya!!! Bulan lalu balik ke Malaysia dan buat bab 3 dan 4, tapi banyak kena betulkan, susah hatilah. harap boleh habis dalam bulan ini. Nanti kena tunggu viva lagi dan membetulkan lagi.