Monday, August 11, 2008

Ibu Muda yang Bahagia

Kawan saya Lou dah hamil selama 7 bulan, semasa kami main boling pada cuti musim sejuk dia dah hamil, namun dia pun x perasan. Sekarang mengingatkan hari itu, masih rasa untung kerana x jadi apa-apa. Semalam, saya dan kawan melawat dia dan bayi dalam badannya. Nampaknya dia masih kurus dan sangat sihat. Apabila kami ambil gambar dan duduk bersama-sama, dia kelihatan tidak seperti seorang yang hamil.


Jadi saya pun minta dia berdiri dan ambil satu gambar untuk jadi kenangan saya.

Apabila saya sentuh perutnya, bayi dalamnya sedang bergerak dan dirasa oleh saya. Rasanya sangat ghaib dan bahagia!