Monday, March 30, 2009

rahsia juga akan dibongkar


Seminggu yang dulu, saya membeli satu pokok lemon yang kecil. Tak sangka dalam cuaca yang begitu sejuk, pokok itu masih berbunga. Sedikit wangi.

Kadang kala, sesuatu akan berlaku di luar jangkaan seperti saya ternampak bunga itu. Mungkin itu nasib bagi setiap orang. Semalam, saya juga dapat satu berita yang mengejutkan saya. Cikgu email saya dan tidak sengaja beliau memberitahu saya Hanif dengan Faridah berjumpa dia di KLCC. haha. Hanif ialah kawan sekelas semasa di universiti, manakala Faridah ialah pelajar saya. Baru-baru ni, Faridah meminta saya membenarkan dia pergi ke Malaysia dan alasannya ialah bapa dia ada urus kerja di sana. Mana tahu, rahsia itu dibongkar sebegitu.
Dikatakan, dalam perkataan "believe" pun masih ada "lie", jadi rahsia juga ada kemungkinan dibongkar sesuatu hari nanti.


Wednesday, March 25, 2009

Sudah 3 kali saya pergi BFSU untuk sertai kursus Prof Awang. Walaupun perjalanan pulang balik antara universiti saya dengan BFSU mengambil saya hampir 2 jam setengah, tetapi saya puas hati dengan kursus itu. Kursus tentang kesantuan bahasa Melayu amat bermanfaat bagi saya. Contoh-contoh diberikan oleh Prof juga menarik. Dalam bahasa Melayu, panggilan hormat mengikut pangkat atau kedudukan amat dipentingkan. Jadi apabila dalam majlis rasmi, dapat didengar "yang Berbahagia ......" . Panjangnya gelaran di depan. Di Malaysia, jika seseorang profesor dipanggil sebagai pak cik, dia mungkin akan kecewa. Di China, gelaran pegawai juga penting, tetapi gelaran Profesor tidak begitu penting. Sekurang-kurangnya, dalam universiti kami panggil seseorang pensyarah "guru" (Laoshi) ja, tak kesah dia Profesor atau Tutor. Mungkin kerana ini, ramai orang Malaysia gemar melanjutkan pelajaran PHD, tetapi di China PHD digolongkan dalam kumpulan minoriti. Khususnya bagi perempuan, susah lah nak kahwin selepas dapat PHD. Jadi saya nak kahwin dulu, kemudia sambung PHD.
Saya malas, kerana cuaca masih sejuk lagi. Fikiran saya pun terbeku. Kawan sebilik saya mula membaca puisi lagi, dengan suara berirama itu saya akan pergi tidur,haha!