Friday, October 10, 2008

Layang-layang Malaysia

Minggu lalu, saya suruh pelajar-pelajar membaca bacaan luas yang bertajuk Festival Layang-layang Antarabangsa dan menulis satu karangan tentang wau Malaysia atau wau China berdasarkan sumber-sumber internet. Kebanyakan pelajar menulis tentang wau Malaysia sama ada mengenai reka bentuknya atau cara membuatnya. Juga terdapat mitos yang menerangkan asal usul wau Malaysia. Melalui sejarah, wau dikatakan berasal dari negara China pada Dinasti Musim bunga dan Musim gugur (2000 tahu dahulu). Selepas pengembaraan Marco Polo, cara pembuatan wau dibawa ke Eropah olehnya. Oleh yang demikian, wau mempunyai ciri-ciri yang tersendiri berdasarkan kebudayaan negara-negara yang berkenaan.
Wau Malaysia mempunyai pelbagai jenis, seperti wau burung, wau bulan, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah. Jenis wau yang paling digemari oleh rakyat Malaysia ialah wau bulan. Daripada gambar-gambar yang bertema layang-layang Malaysia, kita dapat lihat wau bulan yang berwarna-warni. Tetapi kenapa orang Melayu paling suka wau bulan? Mungkin ada cerita rakyat atau mitos berkaitan dengan wau bulan, tetapi saya tidak dapat cari. Jika sesiapa tahu, tolong bagitahu saya ya.

Sunday, October 05, 2008

Selamat Hari Raya Kebangsaan

1 Oktober ialah Hari Raya Kebangsaan. Kami dapat bercuti seminggu untuk merayakan hari raya itu. Saya tidak balik ke kampung kerana ada hal yang lebih penting, iaitu menghiaskan rumah saya. Pada cuti ini saya dapat membeli bahan-bahan yang akan digunakan nanti. Baru mempunyai satu rumah yang kecil di Beijing. Sekarang tugas yang utama ialah menghiaskan rumah kecil itu. Saya dan BF saya begitu mementingkannya kerana ia akan menjadi "istana" kami nanti.
Jika dibandingan rumah saya dengan rumah kawan-kawan di Malaysia, rumah saya memang kecil. Tetapi ia telah cukup bagi saya memandangkan harga rumah di China begitu tinggi. Saya yakin ia juga akan menjadi rumah yang berisi bahagia dan gembira. Beberapa hari saya dan BF saya sudah belajar banyak hal mengenai menghiaskan rumah. Dari seorang yang tidak mempunyai sedikit pengetahuan tentang bahan jendela, bahan pintu, bahan mencat dinding menjadi seorang pandai tawar-menawar apabila memilih bahan-bahan dan peralatan. Semalam baru membeli dua peralatan yang digunakan di dapur, amat memuaskan hati saya. Kira-kira sebulan lebih boleh siap semua kerja, nanti saya akan tunjukkan hasil kami.
Juga ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Muslim dan muslimah! Maaf Zahir dan Batin!