Thursday, October 18, 2007

Perkahwinan Kawan Saya

Kami ada 9 hari cuti untuk merayakan Hari Kebangsaaan China dan saya balik ke kampung halaman saya yang terletak di bahagian selatan China, Hangzhou. Bandar Hangzhou ialah sebuah bandar yang amat indah dan masyhur kerana tasik barat dan legenda "Ular Putih". Selain berjumpa ibu bapa dan kawan2, saya ada satu tugas yang penting iaitu menjadi pengapit kawan. Dia kawan saya sejak kami belajar di sekolah mengengah dan kami ada 6 orang yang paling rapat. Dulu terdapat 5 orang pengapit dalam majlis perkahwinannya, tetapi seorang pergi ke Jerman jadi tinggalkan 4 orang pengapit ja. Dia pun rasa rugi lah tidak dapat menyertai majlis perkahwinan kawan.

Pagi2 kami telah sedia di rumah pengantin perempuan dan menunggu pengantin lelaki datang. Sebelum pengantin lelaki berjumpa pengantin perempuan, pengapit perempuan akan menguji pengantin lelaki dengan pelbagai cara kerana bukan senang jika dia nak berkahwin dengan pengantin perempuan.

Pertama, mereka perlu memberi angpao kepada pengapit supaya kami boleh membuka pintu untuk mereka. Jika kami tidak berpuas hati, kami boleh meminta lagi. Biasanya satu angbao bernilai 20 yuan(wang China,hampir 10RM). Selepas itu, mereka dibenarkan masuk ke rumah dan akan diuji lagi seperti ujian tenaga, ujian bakat, ujian sastera dan akhirnya pengantin lelaki menulis satu janjian yang bersuara dia akan mematuhi apa2 yang dikatakan oleh isterinya (biasanya generasi sekarang selalu membuat janji ini untuk bergurau ja),haha. Isi janjian seperti: 1.isteri paling besar di rumah dan apa-apa isteri bercakap ialah betul 2. jika isteri salah, mengikut peraturan pertama. Semua janjian menunjukkan betapa sayang seorang suami kepada seorang isteri, tetapi selepas kahwin yang penting ialah saling memahami. Selepas beberapa ujian, pengantin lelaki berjumpa pengantin perempuan dan memberi bunga sambil meminta dia berkahwin dengannya atau menjadi isterinya.

Saat yang paling mengharu kawan saya

Selepas itu, mereka makan sejenis sup manis yang bercampur gurma, longan dan biji bunga teratai yang bermakna akan bahagia. Kami pun makan juga kerana ingin berkongsi kebahagiaan mereka. Selepas makan, kami juga mengikut pengantin baru ini pergi ke taman untuk mengambil beberapa vedio dan gambar di luar.

Tiga pengapit yang gembira

Majilis perkahwinan diadakan di hotel dan pengapit perlu mengikut pengantin untuk membantunya. Oleh kerana hari itu ialah hari yang paling gembira bagi kedua-dua pengantin dan ramai tetamu akan menghadiri majilis itu, jadi ada banyak perkara perlu diuruskan oleh pengapit seperti memberi gula-gual(fungsinya hampir sama dengan bunga telur) dan hadiah kecil. Pengantin baru perlu berjumpa semua tetamu dari satu meja ke satu meja yang lain. Mesti ada orang meminta mereka minum arak untuk meningkatkan suasana yang meriah itu. Biasanya pengantin tidak minum arak yang betul, kami akan sediakan arak yang palsu iaitu cola yang telah dibuka satu hari (utk melepaskan udara dalam cola itu). Pengapit lelaki akan minum arak yang betul jika ada tetamu minta supaya melindungi pengantin baru.

Pengantin perempuan memberi rokok kepada tetamu dan menyalakannya

Wednesday, October 17, 2007

Syukur

Syukur lah saya dapat membuka blogger lagi!! Selepas saya balik China, saya telah cuba banyak kali tapi tidak dapat masuk blogspot, jadi saya terpaksa memilih MSN Space. Blog ini dibiarkan hampir 2 bulan, tiba2 hari ini dapat dibuka. Oleh kerana besok sy akan tayangkan filem sepet untuk para pelajar saya. Saya nak mencari maklumat tentang Yasmin Ahmad. Melalui Youtube saya tengok satu temu bual yang membincangkan filem yang baru diarahkan oleh Yasmin Ahmad.
Jadi sy amat ingin tahu bagaimana " Muallaf" sekarang dan cuba buka blogger Yasmin Ahmad. Sangat gembira kerana dapat membuka blogspot lagi dan sy segera masuk blogger kawan dan saya sendiri. Nampak ada banyak perubahan blogger kawan, haha. Sangat gembira.