Wednesday, July 30, 2008

Bicara tentang Olimpik

Baru-baru ini, saya dapat satu emel daripada seorang kawan yang sedang belajar di Malaysia. Dia bertanya tentang pencemaran udara dan keadaan pengangkutan di Beijing kerana terdapat banyak berita yang negatif tentang hal tersebut. Memang, saya pun telah membaca beberapa kritikan dari berita luar negara. Dalam proses menyediakan Sukan Olimpik Beijing, saya dah nampak beberapa golongan tengah mengutuk negara China supaya Sukan Olimpik ini dapat dihalang. Bagi saya, ini amat teruk dan menyakitkan hati rakyat China. Melalui Olimpik ini, juga dapat jelas melihat siapa kawan kita dan siapa musuh kita. Saya harian, dalam mutu udara yang baik dikawal oleh negara barat, tidak semestinya mempunyai rakyat yang umur panjang. Sebaliknya, di China lagi ramai warga tua kelihatan bersemangat.

Dari tahun 2001 hingga sekarang, saya nampak banyak kegiatan dilaksanakan oleh kerajaan dari beberapa aspek. Saya masih ingat pertama kali saya menjejak kaki di kota Beijing. Bagi seorang gadis dari Hangzhou(sebuah bandar di bahagian selatan dan pemandangannya amat indah kerana cuacanya lembap), kota Beijing tidak indah kerana pokok-pokok kurang dan udaranya tidak begitu aman, kadang-kala ada angin kencang yang bercampur debu dituip. 4 tahun belajar di Beijing, saya nampak perubahan yang amat besar dan saya benar-benar rasa kerajaan tengah memberi perhatian tentang mutu kehidupan kota itu. Walaupun Beijing terletak di bahagian utara dan cuacanya amat kering berbanding dengan bahagian selatan, tetapi sekarang banyak pokok dibesarkan dan banyak taman dibina. Ibu bapa saya datang sini pun berasa anggun kerana amat perbezaan antara sekarang dengan tahun 2001, mereka berkata jika musim bunga Beijing tak ada perbezaan dengan Hangzhou, sungguh indah. Saya pun yakin, kota Beijing akan terus berkembang.

Jika lihat sistem pengangkutan, sekarang Beijing telah menubuhkan beberapa subway line. Pada tahun 2001, harga subway ialah 3 RMB untuk line 1 dan 2, manakala 2 RMB untuk Batong line. Sekarang, walaupun telah menambah beberapa line lagi, harganya hanya 2 RMB. Oleh kerana semua line boleh ditukar di dalam perhentian subway tertentu tanpa keluar, jadi 2 RMB boleh hantar seseorang pergi ke mana-mana. Jika di Malaysia, KTM dan LRT adalah dua line yang jauh jaraknya. Jika nak tukar, perlu bayar lagi dan harganya berdasarkan jarak perjalanan. Harga bas yang biasanya 40 sen, jika pelajar 20 sen sahaja, yang paling mahal tidak akan melebihi 1.8 RMB. Jadi, bagi saya pengangkutan di Beijing sekarang tidak mendapat keuntungan, hanya untuk mengurangkan kesibukan jalan raya dan memudahkan rakyat. Mungkin selepas Olimpik, harga perlu ditukar berdasarkan jarak perjalanan kerana keretanya tidak ditukar dengan yang baru dan beberapa sistem autonomik untuk menjual tiket pun ditambahkan.

Bagi saya, sebuah negara seperti satu keluarga, rakyatnya seperti ahli keluarga. Negara China memang merupakan sebuah keluarga yang besar jika memandangkan ahli keluarga. Dalam keluarga kecil seperti keluarga biasa dalam kehidupan kita pun ada masalah ini atau masalah itu. Dalam kehidupan kita sendiri pun selalu menghadapi masalah dan kita berjuang untuk menyelesaikannya, apalagi bagi sesebuah negara. Saya mengakui negara China dan rakyatnya mempunyai kelemahan, tetapi siapa tidak mempunyai kelemahan? Mungkin hanya Tuhan sahaja. Kita akan menerima semua kritikan yang jujur dan ikhlas kerana kritikan memolong kita supaya kita membangun, sedangkan jika seseorang mengatakan sesuatu yang bukan-bukan seperti peribahasa "mencari tulang di dalam telur", orang yang mempunyai akal tahulah mesti "ada udang di sebalik batu".

Wednesday, July 23, 2008

Besok,sentiasa menyimpan harapan

Tahun ini memang ramai orang berkahwin, nampak gambar-gambar mereka, aku turut berasa kebahagiaan sama-sama. Kawan dari Thailand dah kahwin dan sekarang akan menukar gelaran dari seorang suami kepada seorang bapa. Kawan dari Singapura juga baru kahwin dan sudah balik dari bulan madu. Kawan sekelas di CUC juga baru menghantar gambar-gambar perkahwinan kepada aku. Dia merupakan orang yang pertama kahwin dalam kelas kami. Siapa akan menjadi "the next"?
15 hari nanti Olimpik akan mengadakan majlis perasmian di Beijing, saya rasa sedunia tengah menantikan saat itu. Walaupun saya tidak menjadi sukarelawan, tapi saya rasa bangga kerana pelajar-pelajar saya menjadi sukarelawan dan sedang bertugas di perkampunan Olimpik Walaupun ada sesetengah pihak ingin main politik melalui sukan Olimpik dan memikir negatif bagi negara China malahan rakyat China, tetapi saya yakin negaraku mempunyai kekuatan dan kemampuan untuk menganjurkan temasya ini. Seseorang tidak boleh percaya apa yang dikatakan selain menyaksikan sendiri. Semoga Kami memberikan perkhidmatan yang paling bagus terhadap semua pelawat luar negara. Semua yang datang ke Beijing akan mempunyai kenangan yang manis.

P.S http://malay.cri.cn/ laman web ini ialah laman web Radio Antarabangsa China, melalui ini mungkin kamu boleh mendapat lebih banyak maklumat dan berita terkini.

Saturday, July 19, 2008

Panas

Mak baru balik hari ini, beberapa hari melancong di Eropah atas nama lawatan sambil belajar sungguh bagus bagi mak. Mula-mula mak bertolak kerana mak x boleh tahan berjalan lama, tapi ketua pengerusi sekolah ini memang nak dia mengetuai lombongan itu. Kita selalu berkata, Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri. Tetapi kalau negara asing mempunyai kebaikan, kita perlu memuji dan belajar juga. Dengar dia ceritakan beberapa pandangan dan pengalaman di luar negara, amat menarik. Rasa nak cepat balik dan berbual-bual dengan mak sambil tengok gambar-gambarnya.
Petang ini, saya belajar memandu lagi kerana besok ada satu ujian. Di bawah matahari yang begitu kuat cahayanya, saya terus memandu 2 jam dan pipi saya menjadi sangat merah. Mestilah nanti kulit saya akan menjadi lebih gelap. Tadi baru turun hujan, rasa sejuk apabila angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Harap besok cuacanya bagus dan saya dapat lulus.

Thursday, July 17, 2008

Sibuk tapi gembira



Masa berganti dengan musim, berjalan begitu cepat. Sudah 1 tahun saya balik ke China. Minggu ini sangat panas, apabila melihat sinaran matahari yang cerah, saya mengingatkan Malaysia. Kawan-kawan, cuaca panas, nasi goring ayam, teh tarik ais, buah-buahan, bilik 1201s, buku-buku di PTSL...
Bulan May, saya sebagai penterjemah sebuah syarikat pergi ke Jakarta, Indonesia. Saya tukar kapal terbang di Lapangan Terbang Changi. Indah dan bersih seperti taman ia
lah perwatakan Singapura. Lapangan terbang juga, moden dan bersih.




Jakarta kelihatan lebih moden daripada Kuala Lumpur kerana bangunan pencakar awan seperti cendawan selepas hujan.









Selepas makan tengah hari, kami keluar membeli banyak buah-buahan di Supermarket. Oleh kerena duit di Indonesia besar, setiap kali kena kira ada berapa kosong di belakang. Terdapat 3 buah-buahan saya pertama kali nampak dan makan, tapi x sedap.




Kami pergi melawat Lapangan Merdeka (Monas), Muzium negara dan juga Masjid Istiqlal. Saya rasa ini merupakan tanda yang paling menarik bag
i saya. Dikatakan ini menggambarkan satu cerita daripada karya termasyhur India iaitu, Mahabharata.






Sekarang, saya duduk di depan komputer dan saya ingat masa saya tulis tesis di Malaysia. Kerja seperti tulis tesis berulang lagi, saya sedang membuat satu kertas kerja.

Dalam perjalanan itu, Sibuk....tapi gembira...