Tuesday, July 03, 2007

Persembahan Gamelan


Minggu lalu saya ikut abang yusof buat persembahan gamelan di satu hotel utk majlis penutup setiausahawan UKM. Saya bermain bonang, ini tengah latihan.

Ini budak-budak gamelan dari sekolah kak wah (lupa nama sekolah). Di sebelah kiri saya ialah abang yusof, seorang x suka tengok kamera apabila ambil gambar. Di depan saya ialah anak bongsu kak wah. (comel kan, nampak macam budak Cina). Mereka kata muka saya dengan budak yang kedua (kira dari kiri) serupa, betul ke?


Habis make-up dan memakain baju yang cantik, kami membuat persembahan dengan penuh hati. kali ini dapat merasa seronok kerana lagu yang dipersembuahkan bercampur alat muzik tradisional dengan alat muzik moden. Muzik memang sesuatu yang magik.

Akhirnya, kami pun makan di sana. Makanan sedap dan layanan baik. selepas makan, ada orang melayan minuman dan buah-buahan. Kak Abibah Noor pun menyanyi. Dia seorang yang kelakar, suaranya sangat merdu. Walaupun apabila saya sampai bilik dah hampir 12 lebih, tapi x berasa penat (haha, dah tidur kejap dalam bas)!




2 comments:

Unknown said...

main lagu apa guna gamelan tu?

Sirih Bertepuk Pinang Menari said...

sy cuma ingat lagu “inang cina”.yg lain x ingat namalah