Wednesday, September 24, 2008

Susu di China

Kebelakangan ini, ramia orang berbincang tentang perkara susu di China. Bukan satu kilang menghasilkan susu berperisa melamine sahaja, hampir semua jenama susu China mempunyai masalah kecuali jenama "San Yuan". Hal ini memang menyedihkan hati kami sehingga ramai orang tidak minum susu selama 2 minggu. Baru-baru ini, saya baca blogger kawan dan baru faham perkara ini juga mengpengaruhi negara-negara jiran dan meninggalkan kesan begitu buruk. Ada kawan berjenaka, "orang China mengenalkan bahan-bahan kimia melalui makanan". Sistem pengawasan makanan masih tidak sempurna, tetapi dalam dunia ini makanan yang mana boleh dianggap sebagai makanan yang bersih dan berazat. Mungkin hanya sayur-sayuran yang ditanam dalam taman nenek saya.

Melalui perkara ini, saya tahulah lain kali kalau nak minum susu, minum yogurt lah. Kerana yogurt hanya boleh dihasilkan oleh susu yang berqualiti bagus. Selepas itu, baru minum susu segar. Orang China kuat makan dan juga pandai mencari jalan untuk memasak pelbagai jenis makanan, tetapi tidak peduli apa yang sedang dimakan. Mahu sihat? Pertama perlu menjaga mulut sendiri.

1 comment:

n said...

Hi Melati,
Kes susu memang menjejas banyak penjualan makanan dari China di S'pura. Lebih rumit lagi tengah nak dekat Hari Raya, produk-produk susu dan biskut dari China banyak sudah digam. Tapi pemerintah S'pura kata kandungannya sikit, dan melamine boleh dikeluarkan oleh tubuh.

Pada masa yang sama, ramai yang cuba menyuntik gurau senda tentang perkara ini, janganlah terguris hati. Ada baiknya perkara ini berlaku, akhirnya syarikat-syarikat yang tak bertanggungjawab akan disaman dan dapat mengelakkan lagi kes-kes yang tak diingini.

Soal korupsi memang sukar dihentikan apatah lagi kalau sudah lama berakar. tapi harap2 hal ini dapat diselesaikan segera, dan Melati dapat minum susu tanpa was-was lagi..