Friday, October 10, 2008

Layang-layang Malaysia

Minggu lalu, saya suruh pelajar-pelajar membaca bacaan luas yang bertajuk Festival Layang-layang Antarabangsa dan menulis satu karangan tentang wau Malaysia atau wau China berdasarkan sumber-sumber internet. Kebanyakan pelajar menulis tentang wau Malaysia sama ada mengenai reka bentuknya atau cara membuatnya. Juga terdapat mitos yang menerangkan asal usul wau Malaysia. Melalui sejarah, wau dikatakan berasal dari negara China pada Dinasti Musim bunga dan Musim gugur (2000 tahu dahulu). Selepas pengembaraan Marco Polo, cara pembuatan wau dibawa ke Eropah olehnya. Oleh yang demikian, wau mempunyai ciri-ciri yang tersendiri berdasarkan kebudayaan negara-negara yang berkenaan.
Wau Malaysia mempunyai pelbagai jenis, seperti wau burung, wau bulan, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah. Jenis wau yang paling digemari oleh rakyat Malaysia ialah wau bulan. Daripada gambar-gambar yang bertema layang-layang Malaysia, kita dapat lihat wau bulan yang berwarna-warni. Tetapi kenapa orang Melayu paling suka wau bulan? Mungkin ada cerita rakyat atau mitos berkaitan dengan wau bulan, tetapi saya tidak dapat cari. Jika sesiapa tahu, tolong bagitahu saya ya.

1 comment:

urworstnightmare said...

Salam (sejahtera ke atas kamu) Melati. Mungkin topik ini Melati dah jumpa sendiri maklumatnya, tapi apa kata Melati tengok link ni: http://www.kitelife.com/magazine/issue01/singkites/content.php

Mungkin boleh tambah pengetahuan Melati yang sedia ada.