Friday, December 22, 2006

Jumpa panpan

Pagi-pagi jumpa panpan apabila sy membuka msn. x sangka sy berbual-bual banyak hal dengan dia, lebih banyak daripada 4 tahun di universiti. sebelum ini, sy ada membaca blog dia, sy rasa lebih memahami dia apabila membaca tulisannya.
Sy kata: awak lebih sesuai dgn menulis supaya menyuarakan perasaan awak.
Dia kata: x tahu kenapa x berbual-bual banyak dengan kamu semua di U. rasa malu.
haha, sekarang walaupun kita x berjumpa hampir satu tahun kerana dia bekerja di negara lain, sy pun belajar di luar negara, tetapi rasa kita lebih rapat apabila berjumpa online. Sekarang, kita rasa lebih terbuka, dia pun cerita sikit2 tentang kesusahan sebagai pekerja kerana kerumitan personaliti manusia. Walaupun sy belum menghadapi masalah2 seperti tersebut benar-benar, tetapi manusia yang pelbagai mesti mempunyai orang yang baik dan orang yang jahat.
Dia kata: apabila menghadapi hal2 yang x sangka, awak perlu membetulkan hati atau pemikiran diri sendiri.
Sy kata: itulah, kita perlu kawan yang benar dan jujur. Kawan yg amat rapat x perlu banyak, satu atau dua cukup. lepas tu kekalkan perasaan puas hati, mungkin kita akan lebih gembira.
Kita pun bercakap tentang hal bf dan gf, kelakar betul.
Dia kata: ibunya mesti kenalkan gadis2 kepada dia lepas dia balik.
Sy kata: betul. sy dah sedia untuk jumpa lelaki yang dikenalkan oleh ibu atau kawan2 lah. tapi sy hanya mementingkan tempat mana kami makan.haha.
Betul, x lama kita berbual-bual. Tetapi, lebih seronok drpd waktu di Universiti. rasa dia pun matang sikit,haha, tapi masih kekalkan pesonaliti yang murni. Harap dia akan jumpa gadis yang sesuai dengan dia.

No comments: