Thursday, July 12, 2007

Kehidupan Selepas Viva

9 haribulan Julai, satu tanggal yang biasa bagi orang lain, tetapi hari itu meninggalkan kenangan selama-lamanya bagi saya. Saya lulus dalam peperiksaan lisan projek sarjana dan sekarang saya boleh duduk di depan laptop saya melayar internet, tidur, bermain,membaca sesuka hati.
kawan cina sy cadangkan sy tulis pengalaman di Malaysia sebagai kenangan dan pelajaran mereka. Dalam minda saya, terdapat banyak benda nak tulis tapi mungkin susah disampaikan dengan bahasa Melayu dan saya x tahu akan mulai dari mana. Jadi saya lebih suka tulis tentang kehidupan sekarang.

Sekarang, saya ada masa lapang dan boleh masak dengan cara sendiri. Masih ingat dialog saya dengan din.
Din: Melati masak x?
Melati: x, saya x pandai.Lagipun, di China x payahlah. lelaki semua pandai masak, kalau x pandai susah dapat isteri.(sikit gurau)

Din (dengan muka yang hairan): begitu? Sini kalau perempuan x pandai susah dapat suami!!!
Hakikatnya, di China sudah tentu perempuan masih memainkan peranan penting dalam kerja rumah tangga,tetapi memang masa moden ini lebih ramai lelaki pandai masak (x tahu kenapa). Kebanyakan kawan perempuan saya boleh masak, masak nasi dengan rice cooker ja.jadi memang ramai lelaki juga tolong isterinya membuat kerja rumah tangga.Lelaki mempunyai bakat untuk memasak, bapa saya pun lebih pandai daripada ibu saya walaupun dia cuma kadang-kala tunjukkan kepandaiannya.

Samapi sekarang, saya dah cuma memasak ubi dan bubur. semalam saya cuma goreng telur dan sangat berjaya. kerana rasa masin sikit, saya terus masak mi dengan telur itu bercampur dengan sayur. Memang sedap!!haha,saya sekrang cuba masak dengan rice cooker ja. Kalau macam tu pun boleh dapat makanan yang lazat, dah boleh imagine bagaimana jika nanti bagi saya satu dapur,haha! Walaupun saya pun nak cari suami yang pandai masak, tapi saya pun boleh tunjukkan kepandaian saya apabila kawan datang.

3 comments:

Unknown said...

lamanya tak update
dah balik ke china kot...?

okay lah nak bagitau yang URL ke blog saya dah berubah...sila update ye.

http://geneticthylon.wordpress.com/

Sirih Bertepuk Pinang Menari said...

terima kasih. saya belum balik lagi.ada program di KL, jadi x dapat update.

CDPujangga said...

Hi.

Tahniah. Saya amat mengagumi anda. Teruskan niat baik anda.