Monday, August 13, 2007

Kita Bersama-sama



“Abg tnmpak2 n rindu pd smua plajar, ada yang kuat makan, bercakap, mangajuk, manja n mcm2 lg...” abang Shidin sms saya begitu semalam. Memang betul, selepas pelajar-pelajar saya berangkat ke Beijing, wajah dan senyuman mereka selalu terbayang dalam kepala saya. Kenangan yang kita bersama-sama di Malaysia selalu tergambar di depan mata.

Semalam saya balik bilik di kolej dan saya membaca surat khabar, tiba-tiba rasa sesuatu yang sedih tersentuh hati saya. Masa itu, saya tengah baca satu artikal yang berkaitian dengan ibu. Artikal itu berkata: Love your mothers and love them well and whole heartedly. Tell them you love them. Be proud of them. Be patient. Be kind. Once lost, a mother is irreplaceable; you will not get one more day to be with her. Linangan air mata membasahi pipi, saya tidak tahu perasaan ini pasal kepisahan dengan pelajar-pelajar serta abang dan kakak dari DBP atau betul2 tersentuh oleh ayat2 tersebut. Walau bagaimanapun, saya tahu kenangan di sini akan diingati selama-lamanya.

No comments: