Wednesday, July 23, 2008

Besok,sentiasa menyimpan harapan

Tahun ini memang ramai orang berkahwin, nampak gambar-gambar mereka, aku turut berasa kebahagiaan sama-sama. Kawan dari Thailand dah kahwin dan sekarang akan menukar gelaran dari seorang suami kepada seorang bapa. Kawan dari Singapura juga baru kahwin dan sudah balik dari bulan madu. Kawan sekelas di CUC juga baru menghantar gambar-gambar perkahwinan kepada aku. Dia merupakan orang yang pertama kahwin dalam kelas kami. Siapa akan menjadi "the next"?
15 hari nanti Olimpik akan mengadakan majlis perasmian di Beijing, saya rasa sedunia tengah menantikan saat itu. Walaupun saya tidak menjadi sukarelawan, tapi saya rasa bangga kerana pelajar-pelajar saya menjadi sukarelawan dan sedang bertugas di perkampunan Olimpik Walaupun ada sesetengah pihak ingin main politik melalui sukan Olimpik dan memikir negatif bagi negara China malahan rakyat China, tetapi saya yakin negaraku mempunyai kekuatan dan kemampuan untuk menganjurkan temasya ini. Seseorang tidak boleh percaya apa yang dikatakan selain menyaksikan sendiri. Semoga Kami memberikan perkhidmatan yang paling bagus terhadap semua pelawat luar negara. Semua yang datang ke Beijing akan mempunyai kenangan yang manis.

P.S http://malay.cri.cn/ laman web ini ialah laman web Radio Antarabangsa China, melalui ini mungkin kamu boleh mendapat lebih banyak maklumat dan berita terkini.

No comments: