Saturday, July 19, 2008

Panas

Mak baru balik hari ini, beberapa hari melancong di Eropah atas nama lawatan sambil belajar sungguh bagus bagi mak. Mula-mula mak bertolak kerana mak x boleh tahan berjalan lama, tapi ketua pengerusi sekolah ini memang nak dia mengetuai lombongan itu. Kita selalu berkata, Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri. Tetapi kalau negara asing mempunyai kebaikan, kita perlu memuji dan belajar juga. Dengar dia ceritakan beberapa pandangan dan pengalaman di luar negara, amat menarik. Rasa nak cepat balik dan berbual-bual dengan mak sambil tengok gambar-gambarnya.
Petang ini, saya belajar memandu lagi kerana besok ada satu ujian. Di bawah matahari yang begitu kuat cahayanya, saya terus memandu 2 jam dan pipi saya menjadi sangat merah. Mestilah nanti kulit saya akan menjadi lebih gelap. Tadi baru turun hujan, rasa sejuk apabila angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Harap besok cuacanya bagus dan saya dapat lulus.

No comments: