Wednesday, July 30, 2008

Bicara tentang Olimpik

Baru-baru ini, saya dapat satu emel daripada seorang kawan yang sedang belajar di Malaysia. Dia bertanya tentang pencemaran udara dan keadaan pengangkutan di Beijing kerana terdapat banyak berita yang negatif tentang hal tersebut. Memang, saya pun telah membaca beberapa kritikan dari berita luar negara. Dalam proses menyediakan Sukan Olimpik Beijing, saya dah nampak beberapa golongan tengah mengutuk negara China supaya Sukan Olimpik ini dapat dihalang. Bagi saya, ini amat teruk dan menyakitkan hati rakyat China. Melalui Olimpik ini, juga dapat jelas melihat siapa kawan kita dan siapa musuh kita. Saya harian, dalam mutu udara yang baik dikawal oleh negara barat, tidak semestinya mempunyai rakyat yang umur panjang. Sebaliknya, di China lagi ramai warga tua kelihatan bersemangat.

Dari tahun 2001 hingga sekarang, saya nampak banyak kegiatan dilaksanakan oleh kerajaan dari beberapa aspek. Saya masih ingat pertama kali saya menjejak kaki di kota Beijing. Bagi seorang gadis dari Hangzhou(sebuah bandar di bahagian selatan dan pemandangannya amat indah kerana cuacanya lembap), kota Beijing tidak indah kerana pokok-pokok kurang dan udaranya tidak begitu aman, kadang-kala ada angin kencang yang bercampur debu dituip. 4 tahun belajar di Beijing, saya nampak perubahan yang amat besar dan saya benar-benar rasa kerajaan tengah memberi perhatian tentang mutu kehidupan kota itu. Walaupun Beijing terletak di bahagian utara dan cuacanya amat kering berbanding dengan bahagian selatan, tetapi sekarang banyak pokok dibesarkan dan banyak taman dibina. Ibu bapa saya datang sini pun berasa anggun kerana amat perbezaan antara sekarang dengan tahun 2001, mereka berkata jika musim bunga Beijing tak ada perbezaan dengan Hangzhou, sungguh indah. Saya pun yakin, kota Beijing akan terus berkembang.

Jika lihat sistem pengangkutan, sekarang Beijing telah menubuhkan beberapa subway line. Pada tahun 2001, harga subway ialah 3 RMB untuk line 1 dan 2, manakala 2 RMB untuk Batong line. Sekarang, walaupun telah menambah beberapa line lagi, harganya hanya 2 RMB. Oleh kerana semua line boleh ditukar di dalam perhentian subway tertentu tanpa keluar, jadi 2 RMB boleh hantar seseorang pergi ke mana-mana. Jika di Malaysia, KTM dan LRT adalah dua line yang jauh jaraknya. Jika nak tukar, perlu bayar lagi dan harganya berdasarkan jarak perjalanan. Harga bas yang biasanya 40 sen, jika pelajar 20 sen sahaja, yang paling mahal tidak akan melebihi 1.8 RMB. Jadi, bagi saya pengangkutan di Beijing sekarang tidak mendapat keuntungan, hanya untuk mengurangkan kesibukan jalan raya dan memudahkan rakyat. Mungkin selepas Olimpik, harga perlu ditukar berdasarkan jarak perjalanan kerana keretanya tidak ditukar dengan yang baru dan beberapa sistem autonomik untuk menjual tiket pun ditambahkan.

Bagi saya, sebuah negara seperti satu keluarga, rakyatnya seperti ahli keluarga. Negara China memang merupakan sebuah keluarga yang besar jika memandangkan ahli keluarga. Dalam keluarga kecil seperti keluarga biasa dalam kehidupan kita pun ada masalah ini atau masalah itu. Dalam kehidupan kita sendiri pun selalu menghadapi masalah dan kita berjuang untuk menyelesaikannya, apalagi bagi sesebuah negara. Saya mengakui negara China dan rakyatnya mempunyai kelemahan, tetapi siapa tidak mempunyai kelemahan? Mungkin hanya Tuhan sahaja. Kita akan menerima semua kritikan yang jujur dan ikhlas kerana kritikan memolong kita supaya kita membangun, sedangkan jika seseorang mengatakan sesuatu yang bukan-bukan seperti peribahasa "mencari tulang di dalam telur", orang yang mempunyai akal tahulah mesti "ada udang di sebalik batu".

No comments: