Saturday, May 05, 2007

Penyelia, Pelajar dan Penyelia yang lain

Terdapat beberapa cerita jenaka tentang pelajar dan penyelia serta penyelia yang lain dalam bahasa Mandarin. Lucu!! Saya cuba menterjemah, x tahu kalau tukar ke BM, macam mana rasanya bagi orang Melayu?
1.
Si Arnab sedang menulis tesis, Dr. Serigala datang dan bertanya: "si arnab, apa kau tulis?"
Arnab berkata: saya sedang buat tesis saya, "Bagaimana Si Arnab Boleh Berlawan Dengan Si Serigala".
Serigala ketawa dan kata: "x mungkin lah,mana boleh? mana bukti kau?"
Arnab tunjuk ke belakang, berkata:"bukti saya ada kat dalam gua tu."
Serigala x percaya dan masuk ke gua itu...
Selepas satu nyaring, arnab masuk ke gua dan nampak si singa sedang mencolek giginya.
Arnab bertanya: "Prof, rasa daging serigala sedap kan."
Prof singa ketawa dengan kuat: "dalam dunia ini, tulis tesis mana perlu bukti, yang penting tengoklah siapa penyelia dia! haha!"
2.
Arnab terus menulis tesisnya di depan gua.
Seekor harimau datang dan bertanya: "apa kau tulis?"
"Sedang tulis tesis."
"Apa tajuknya?"
"Tajuk saya ialah Bagaimana Arnab Makan Harimau."
Harimau ketawa dan berkata: mana ada kemungkinan?
Arnab berkata: "kebanyakan tulisan masih letak dalam gua, saya dah cari banyak bukti lah."
Harimau sangat curiga dan masuk dalam gua...
Selepas 20minit, prof singa keluar dan berdarah di badan. Beliau marah: dah bagitahu kau jangan pilih tajuk ini, kau x ikut. Tengok, susahlah saya bergaduh dengan si Harimau, satu kaki dah patah!!

3
Arnab masih menulis tesis di depan gua tu.
Dua harimau datang dan bertanya: apa awak sedang menulis?
"Saya buat tesis saya."
"Apa tajuknya?"
"Bagaimana Arnab Makan Harimau."
Dua harimau ketawa dan berkata, "mampus kau, mana boleh?"
Arnab berkata secara serious: "tulisan saya letak dalam gua, ada banyak buktinya dan penyelia saya dah terima."
Harimau merasa sangat hairan dan masuk ke gua bersama-sama...
Dah lama, tiba-tiba mendengar tiga kali nyaring yang panjang.
Arnab masuk ke gua, nampak tulang harimau dan singa yang sia-sia. Dia berkata dengan suara bangga: "haha, jangan fikir awak penyelia saya, saya x boleh buat apa-apa!"

No comments: