Friday, May 04, 2007

Hari Buruh

Dikatakan Hari Buruh dirayakan di seluruh dunia, tetapi nampaknya tidak semestinya. Kawan yang belajar di England berkata mereka x cuti dan masih ada kelas. Di Malaysia, walaupun ada 2 hari cuti, tapi x ada perasaan meriah untuk cuti Hari Buruh kerana memang dah cuti sekolah. Tak tahu negara lain macam mana, tapi kalau di China memang meriah kerana kita bercuti selama 7 hari. Tempoh itu paling baik untuk melancong atau berehat. Semua kedai akan buka sampai lewat malam kerana ramai orang ingin membeli-belah. Tempat pelancongan mesti dipenuhi oleh orang, jalan dipenuhi oleh orang dan kereta. Perkhidmatan pada masa cuti lagi bagus daripada hari biasa.
Di Malaysia, hampir semua kedai tutup, sunyinya!!! untunglah ada satu kedai kafe buka, kalau x, saya akan terpaksa makan mi segera pada tengah hari dan mihun segera untuk malam. Walaupun susah sikit, tetapi konsep ini bagus juga kerana memang semua orang perlu berehat pada cuti. Setiap syling mempunyai dua muka, saya pun x pasti yang mana paling bagus kerana setiap orang mempunyai hak untuk memilih kaya hidup mereka.

No comments: