Thursday, May 17, 2007

Malas ke Orang Melayu?

Jika disebut orang Melayu, kebanyakan orang yang bukan Melayu akan menyetujui sifat malas pada orang Melayu. Sebenarnya, orang Melayu malas x? Dalam sekeliling saya, terdapat ramai kawan Melayu bersungguh-sungguh belajar. Mereka telah biasa tidur pada pukul 2 malam dan juga terdapat setengah orang tidur pada pukul 3,4 atau lansung x tidur kalau tengah mengulang kaji untuk peperiksaan. Sebaliknya, mereka tetap bangun lebih kurang pukul 5.30 atau 6 pagi untuk bersembahyang. Maka, kita semua boleh kira berapa jam digunakan untuk tidur. Selepas itu, mereka juga pergi ke perpustakaan dan masuk kelas seperti kita juga. Tiap-tiap malam, apabila bilik saya disalut dengan warna hitam, saya melihat kebanyakan lampu masih bernyala dan berfikir "semangatnya orang Melayu".
Justeru, kenapa cakap orang Melayu malas ya?
mungkin, kerana ini...
Jika awak ialah seorang pelajar universiti, awak mesti mempunyai pengamalan menunggu bas dalam kampus kerana keluasan universiti di Malaysia terlalu besar. Bas bukan datang setiap 15 minit, biasanya bas datang setengah jam pada masa bukan cuti. Kadangkala, bas juga tidak ikut jadual dan kita perlu tunggu lama. dalam masa cuti, hal ini lagi teruk. semalam, saya tengok ada pelajar Melayu tunggu bas selama 1 jam setengah, bas pun x datang. apa yang dibuat mereka? mereka hanya duduk dan bergoyang-goyang kakinya. Kebetulan ada satu bas datang apabila saya turun, tetapi bas itu x boleh mengambil semua pelajar yang menunggu di sana kerana ramai pelajar (kumpul dalam 1 jam setengah). Saya x dapat naik, jadi saya terus berjalan ke perpustakaan (guna 25minit dah sampai). Di belakang saya, x ada seorang Melayu nak berjalan. Mungkin mereka fikir berjalan buang masa atau letih. Walaupun naik bukit turun bikit, tetapi saya rasa lebih baik kita berjalan kerana biasanya kita selalu duduk di depan komputer dan x ada masa untuk excerise.
Selain itu, juga ada orang asing mengadu masa kerja orang Melayu terbatas. Mereka selalu kena keluar minum atau makan. Dalam pengingatan saya, kalau dalam pejabat kerajaan mereka biasanya makan dan minum 5 kali. Inilah impresi orang Melayu bagi kita. Walaupun mereka ada masa, tetapi kadangkala sesetengah Melayu x ada sense tentang masa agar mereka dianggap sebagai orang yang malas. Tetapi, untunglah masih ada orang yang bekerja dengan enfisien seperti penyelia saya, kak siti di pejabat kolej Za'ba, cik Rahim dan beberapa kawan saya
X tahu apakah dunia Melayu akan terjadi, jika sesuatu hari semua orang memuji orang Melayu kerana kerajinan mereka.

1 comment:

Wen Guang said...

Hm. Numpang baca yach? Malas atau tidak malas tergantung masing-masing orangnya, bukan rasnya. Saya pikir demikian adanya. Salam...