Thursday, May 10, 2007

Mukhsin


Mukhsin, sebuah filem yang baru diarah oleh Yasmin Ahmad. Saya dah lama berangan-angan nak pergi ke Mid Valley tonton filem itu, tapi masa x membenarkan saya. Saya masih ingat filem itu pertama kali ditayangkan pada 8 March, satu minggu berlepas, dua minggu berlepas…sehingga hampir dua bulan berlepas saya masih x pergi ke Mid Valley. Apabila saya memutuskan pergi tengok selepas saya terbaca banyak comment yang bagus bagi filem itu, saya diberitahu filem ini telah tidak ditayang lagi di panggung wayang. Kesalnya!!!


Akhirnya, saya terpaksa membeli DVD. Di Malaysia, membeli DVD lebih mahal daripada menonton filem di panggung wayang. Di China, kalau nak tengok filem kena bayar hampir 25 yuan seorang, tetapi kalau beli DVD hanya 7 yuan. Di Malaysia terbalik, membeli DVD kena bayar 20 ringgit dan tonton filem hanya 6 atau 8 ringgit. Itulah saya lebih suka tengok filem di panggung wayang kat sini. Lagipun, mutu VCD/DVD tiruan di sini sangat teruk. Kadangkala, saya sewa VCD daripada kawan, nampak gambar itu bergerak-gerak atau tiba-tiba x ada gambar. Kalau di China, kami x boleh membezakan DVD yang mana asli atau tiruan jika tidak ada perbezaan harga.


Mukhsin masih mengekalkan cara yang menceritakan satu kisah yang biasa berlaku dalam kehidupan kita, tetapi caranya luar biasa dan saya amat suka. suka muzik dalam ceritanya, suka tulisan china yang cantik, suka sajak yang indah... saya merindu masa kecil saya juga, awak macam mana? masih ingat x kawan bersama semasa kecil? masih ingat x jalan yang berlalu bersama? masih ingat x kisah yang bercerita dulu? masih ingat x rasa sedih apabila berpisah?Apabila saya melihat mukhsin nak balik kampung, saya menangis. Mukhsin sambil menganis sambil tanya Orked "x baca tulisan dalam layang-layang yang Mukhsin bagi?". walaupun tulisan dalam layang-layang tu masih jadi rahsia, tetapi ia telah mengukir kenangan bagi seorang gadis.


Saya suka sajak ini:
The moment I had my frist love story,
I started looking for u, not knowing how blind that was,
meet somewhere, each other all the long.


Akhirnya, Orked berkata, we don’t always find the one we caring inside us, but love is kind, he gives us second chances. I find mine, I hope Mukhsin found his too. saya fikir, everyone will find his/hers too.

P.S sangat suka adik-beradik Sharifah Aryana dan Sharifah Aleya. tunggu filem yang baru

No comments: